Wednesday, August 18, 2010

SOKONG SAMAN DI TERUSKAN BAGI MENCEGAH PEMANDU TAK BERDISPLIN

Pengarang,



Kenyataan Ketua Polis Negara untuk meneruskan saman kepada pemandu kenderaan terutama menjelang musim perayaan ini amat di alu-alukan.



Dengan masa yang sama, saya amat berharap pihak polis dapat mencari pendekatan baru bagi menyaman pemandu tersebut yang dibimbangi boleh membahayakan nyawa pengguna lain di jalan raya.



Saya syorkan bagi mengelakkan kesesakan semasa operasi saman di lebuhraya atau jalan-jalan biasa, pihak polis perlu memerhatikan atau memantau di beberapa tempat strategik sepanjang lebuhraya atau jalan dengan mencatatkan kelajuan dan mengambil gambar sebagai bukti pertuduhan jika diperlukan.



Setelah memerhatikan gelagat beberapa pemandu melanggar undang-undang jalanraya yang boleh membahayakan keselamatan pemandu lain, mereka perlu menghubungi rakan mereka yang ditempatkan di kawasan rehat / kawasan penimbang JPJ / kawasan lapang untuk menahan serta menyampaikan saman kepada pemandu itu sendiri dengan bukti penerimaan saman tersebut.



Dengan pendekatan begini, ia memudahkan pihak polis membawa kes ini kemahkamah sekiranya pemandu tersebut ingkar membayar kompuan yang ditawarkan. Malah, ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam operasi tersebut.


TENGKU MAN
Pandan Indah