Sunday, February 2, 2014

SYOR DESAK PEMAJU BUKA LALUAN ALTERNATIF DI TAMAN TUANKU JAAFAR SENAWANG FASA 3

Setiap pagi waktu sekolah,  saya dari penduduk Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang   terpaksa berkongsi jalan untuk keluar ke pejabat  bersama ibubapa yang juga turut menghantar anak-anak mereka kesekolah di fasa yang sama. Di Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 mempunyai dua (2) sekolah Rendah dan satu (1)  sekolah Menengah sedangkan jalan  ke sekolah  serta laluan keluar  penduduk dan ibubapa yang menghantar anak-anak dari kawasan perumahan berhampiran mengunakan jalan yang sama.

Lebih meruncing lagi, pada waktu ini pertambahan unit-unit  perumahan baru yang dalam pembinaan  oleh pemaju dikawasan yang sama akan mengundang kesesakan yang teruk terutama waktu puncak dimasa terdekat.

Oleh itu, pihak tertentu terutama Majlis Perbandaran Nilai perlu mendesak pihak pemaju untuk mempercepatkan pembinaan laluan alternatif dan meletakkan pra-syarat kepada pemaju untuk membina susur keluar alternatif.  Pada ketika ini hanya satu  jalan keluar masuk ke fasa berkenaan.

Dari pengamatan saya, jalan alternatif yang sesuai dan stratejik  perlu di bina adalah berhampiran Stesen komuter Sungai Gadut ke Fasa 3 iaitu  berhampiran sekolah Rendah dimana  aliran kenderaan dapat di selaraskan dengan lebih teratur dan menjimatkan masa penduduk dan ibubapa murid-murid. Dengan sistem penyeluraian kenderaan  yang berkesan, saya percaya tahap  tekanan masa ibubapa yang juga akan kepejabat dapat diselenggarakan dengan lebih terurus dan berwibawa.

Semoga cadangan ini dapat di ambil kira dalam memberi kelulusan kepada mana-mana pemaju projek yang seharusnya  mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.