Pengarang,
Sejak beberapa tahun ini banyak tekanan dari pelbagai kaum terutama golongan bukan bumiputra yang diberi status warganegara mencabar Perlembagaan Malaysia dan Kontrak Sosial yang diamalkan sejak 52 tahun yang lalu. Sebagai seorang bumiputra Melayu, saya sudah begitu rimas dengan tekanan yang di hadapi oleh orang Melayu samada sebagai warga biasa maupun Pak Menteri Bumiputra.
Pada pendapat saya, apabila keselamatan terjamin di atas pengorbanan Angkatan Tentera dan Polis sejak sebelum dan selepas merdeka, peniaga yang majoriti bukan bumiputra sepatutnya membayar pengorbanan pihak berkuasa dengan menunjukkan ketaatan serta berterima kasih kepada kerajaan kerana perniagaan mereka maju dengan kawalan keselamatan tanpa gangguan oleh penganas, penjenayah dan sebagainya.
Malangnya, mereka seolah olah mahu mengubah senario negara ingin memonopoli perniagaan dan juga politik. Sekiranya mereka mempunyai niat sebegitu, mereka perlu melihat sumbangan mereka kearah keselamatan dan keharmonian rakyat sejak merdeka untuk dipertimbangkan kuota yang diminta.
Jika perjuangan kaum ini minimal sebelum dan selepas merdeka dalam Angkatan Tentera dan Polis dalam memerangi penganas dan penjenayah, maka adalah wajar peluang perniagaan dan politik dihadkan untuk kaum tersebut. Maksudnya kuota perkauman berdasarkan bilangan sesuatu kaum itu yang sanggup berkorban hidup dan mati melawan musuh demi keamanan negara.
Kita tidak mahu melihat kekayaan dan jawatan yang dipolopori mereka begitu mudah diberi tanpa hasil pengorbanan jiwa dan raga mereka. Kita juga tidak mahu melihat segolongan kaum menjadi "security personnel" sahaja sedangkan kaum lain mengaut keuntungan dalam keadaan aman.
Sekiranya mereka merasakan wujud diskriminasi yang ketara di negara yang asalnya Tanah Melayu ini, mereka boleh mencari negara asal datok nenek mereka atau negara-negara yang kononnya berlaku adil kepada semua kaum dan agama. Dipersilakan!!.
TENGKU MAN
Pandan Indah