Thursday, August 12, 2010

KEMELUT SUKAN DI MALAYSIA TIADA KESUDAHANNYA.

Pengarang,

Secara jujur saya ingin nyatakan bahawa kemelut sukan di Malaysia samada Persatuan bolasepak, persatuan basikal serta badminton sedikit sebanyak telah mencabar kepimpinan diperingkat Kementerian, Pesuruhjaya Sukan serta pemimpin sukan peringkat negeri..Minggu ini kemelut sukan badminton di Selangor bergolak lagi dan orang lama sukan badminton iaitu Elyas Omar sekali lagi bakal menjadi pengimbang tara perbalahan yang tercetus pada waktu ini. Bagi saya, apa jua isu yang dibangkitkan tidak penting tetapi adalah penting bagi saya ingin menyaksikan kepimpinan sukan di Malaysia ini berwibawa dan mendapat kepercayaan oleh majoriti pemimpin dan peminat sukan.

Pucuk pimpinan diperingkat pusat, negeri dan cawangan nampaknya tidak dapat mencari formula yang sesuai untuk memujuk pihak-pihak yang bertelingkah. Adakah pemimpin diperingkat pusat terlalu muda untuk berdepan dengan pemimpin diperingkat negeri dan persatuan yang pada majoritinya berpengaruh dan matang? Jika pendekatan kepimpinan sukan diperingkat pusat yang telah diberi laluan bonus masih gagal mendapat "buy back" dari pemimpin akar umbi maka perlukah pihak kerajaan membuat satu perubahan yang drastik?

Pada pendapat saya kepimpinan sukan diperingkat pusat bukan berdepan dengan belia yang seusia dengannya malah "core constituent" nya adalah pemimpin sukan dan belia yang berpengalaman dan mempunyai rekod kepimpinan sukan cemerlang pada waktu-waktu kemuncak sukan dahulu.

Jika ini benar, adakah perlu pemimpin muda diperingkat pusat di "rehatkan" supaya persatuan persatuan sukan diperingkat negeri dapat bertaup seperti 5 tahun yang lalu? atau pilihan kedua dengan "merehatkan" kepimpinan "matang" di peringkat akar umbi supaya generasi kepimpinan muda diperingkat pusat dapat membuat kerja dengan acuan cita rasa kepimpinan muda?

Dari pandangan saya pilihan pertama adalah mudah untuk direhatkan kerana kepimpinan akar umbi amat berpengaruh diwaktu ini. Sudah jelas dan meragukan kebanyakkan pendekatan dan kenyataan pimpinan pusat disidang media tidak merangsangkan sukan negara ini.

Malah sering ditempelak oleh kepimpinan akar umbi dan kenyataannya sering mengecewakan peminat sukan samada generasi tua, pertengahan dan muda. Oleh itu, psaya harap andangan ini dapat menjadi topik bagi semua peminat yang mencitai sukan diMalaysia.

TENGKU MAN
Pandan Indah