Friday, September 19, 2014

SYOR MEKANISMA PEMANTAUAN KES RAGUT DAN CEDERA DI LRT PANDAN INDAH

Pada tujuh (7)  tahun yang lalu isteri saya diragut beg dan barang kemas sebanyak dua kali semasa berjalan kaki di antara Jalan Pandah Indah 14 ke LRT Pandan Indah. Saya juga pernah melihat kes ragut didepan rumah saya di taman perumahan yang sama. Begitu juga, saya dimaklumkan mengenai peningkatan kes ragut dari masa ke semasa di kawasan tersebut.

Saya percaya setiap kes ragut di kawasan tersebut  telah di laporkan  serta rondaan polis di buat dari masa ke semasa.

Baru-baru ini tersebar kisah dimana seorang gadis dicederakan dengan tangan beliau di tetak  semasa meragut beg beliau. 

Persoalan nya, setakat mana sesaorang individu tersebut sentiasa berjaga-jaga , penduduk dan sukarelawan mengawal kawasan  di setiap masa dan penjuru taman secara efisen?.

Bagi pihak Polis pula, keberkesanan pemantau dan  rondaan di kawasan tugasan yang agak luas untuk tindakan secepat mungkin.

Apa yang kekurangan kini adalah kesepakatan untuk berkerjasama diantara penduduk, orang awam dan pihak berkuasa. Begitu juga  mencari mekanisma secara efektif  untuk membendung jenayah ini yang berlarutan dan semakin merbahaya.

Dalam lawatan saya ke Guang Zhou, China sedikit masa yang lalu, saya perhatian pantauan terhadap laluan orang awam ialah melalui  sistem CCTV di laluan orang awam yang di pantau  terus kepada pihak berkuasa berhampiran.

Oleh itu saya sarankan setiap laluan orang awam terutama di tepi jalan atau lorong kearah stesen pengangkutan awam seperti LRT dan bas/teksi perlu di pantau dengan CCTV yang di sambong terus ke Balai /Pondok Polis berdekatan atau Pondok Komuniti / Pengawal penduduk kawasan tersebut.

Dengan sistem CCTV yang berkualiti serta pencahayaan lampu yang terang dilaluan tersebut, sebarang ancaman dapat dikenal pasti, pengecaman suspek senang dikenal pasti serta memperolehi barang bukti yang jelas.

Saya percaya initiatif ini dapat perhatian pihak berkuasa tempatan serta penduduk  tempatan pula dapat memberi sumbangan samada dari segi kos, masa  dan tenaga untuk kerja pemantauan dari pondok-pondok pengawal tersebut.

Begitu juga, pihak berkuasa seperti polis dan majlis tempatan dapat membuat kekerapan rondaan di kawasan yang di kenalpasti mempunyai kes jenayah ragut dan ugut.


Diharap pemantauan secara kolektif antara pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaraan, pihak Polis dan penduduk tempatan dapat membendung kes ragut yang semakin meningkat.