Sunday, July 17, 2011

MAJLIS PEGUAM MALAYSIA JAGUH KAMPUNG

Pengarang,

Saya terpanggil setelah membaca akhbar tempatan baru-baru ini di mana Presiden Majilis Peguam Malaysia Lim Chee Wee amat berminat dalam membuat pemerhatian atau pemantauan mana-mana kumpulan atau individu dalam menyuarakan hak semasa berdepan dengan pihak berkuasa. Mereka akan membuat lapuran dari reaksi pelbagai pihak samada penentang, penyokong atau penguatkuasa.

Ironiknya, keganasan serta pembunuhan berlaku di setiap hari di Pelestine tidak ada langsung Majlis Peguam dari Malaysia atau di dunia lain membuat pemerhatian dan pemantauan semasa perarakan warga Palestine menuntut hak mereka sendiri. Adalah ini "double standard" dalam memilih rasional demi keangkuhan pihak lain?

Dari hati kecil saya, cukup lah dengan hujah berlindung di atas kepentingan individu, parti, perkauman dan keagamaan. Jangan nak menjadi jaguh kampung tapi buta dalam memberi perhatian kepada bangsa dunia yang lain. Sekiranya berjuang kerana hak individu secara global, sila turun disemua pelusuk negara yang kaum majoritinya terhimpit dan di tindas.


TENGKU MAN

Pandan Indah