Thursday, February 28, 2013

Apabila ulama sudah memihak, ke mana lagi kita mahu merujuk?

PELIK tetapi benar. Sepanjang saya menimba ilmu, saya dinasihati sekiranya ada perbalahan dengan sesiapa sahaja pergilah meminta nasihat dengan orang berilmu, matang dan banyak pengalaman.
Jika di pejabat, kita berjumpa pakar-pakar yang boleh membantu kita untuk meneruskan tugas yang diberi kepada kita.
Jika hal pengajian, kita jumpa profesor-profesor dalam bidang yang mereka banyak ilmu dan kepakaran.
Begitu jugalah dalam bidang agama dan rumah tangga, kita jumpa ulama untuk mendapat nasihat bagi menyelesaikan masalah kita.
Namun sejak kebelakangan ini, ulama tidak menjalankan tugas sebagai penasihat, iaitu menasihati kedua-dua pihak yang berbalah. Sebaliknya, sebahagian daripada mereka lebih suka menyebelahi pihak yang sefahaman dengan mereka.
Jadi, saya syorkan ulama kenalah pilih pendirian sama ada mahu memihak atau menasihati orang yang datang meminta bantuan.
Jika memilih mahu memihak, maka bukanlah lagi mereka bertaraf ulama, kerana sudah diselaputi dengan kata-kata menghina dan mencerca seseorang.
Bertambah buruk jika fikirannya bercelaru (cognitive disorder) disebabkan oleh tekanan, makan ubat berlebihan dan sebagainya.
Sepatutnya, mereka yang bergelar ulama mesti berhati mulia, cekal, jernih air muka, tabah hati selari dengan taraf sebagai ulama.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, February 26, 2013

SYOR KEPADA KAKITANGAN LHDN SUPAYA KERJA SEBAGAI SATU PASUKAN.

Pada 26/2/2013, saya berjumpa dengan seorang pegawai LHDN Cawangan Cheras bagi  penyelarasan cukai persaraan setelah menerima surat tunggakan cukai(  bertarikh 15/2/2013)  pada 25/2/2013.

Sebelum itu,  pada bulan Oktober 2012, saya pernah berjumpa dengan seorang lagi pegawai untuk mengetahui cukai yang patut saya bayar sebelum hari  persaraan.

Penyelesaiannya pada hari tersebut, saya diminta mendapatkan resit rasmi bukti potongan / pembayaran dari majikan saya. Resit-resit tersebut telah dihantar kepada LHDN oleh majikan saya.

Sejak hari tersebut sehingga bulan Feb 2013, saya tidak dimaklumkan berapa jumlah yang saya kena bayar setelah mengambil kira gaji yang ditahan oleh majikan saya.

Apa yang memberi kejutan kepada saya setelah 4 bulan berlalu, saya terus  di beri surat amaran menyatakan jumlah tertunggak. Sekiranya tidak dibayar pada atau sebelum 1/3/2013,  saya akan disekat dari keluar negara dibawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Dalam kunjugan saya di LHDN pada 26/2/2013, pegawai yang saya temui tidak tahu  kes terdahulu dan terkini  kerana tidak tercatit dalam fail. Malah beliau mendakwa, apa yang saya sebut bukan terletak dibawah jabatan beliau.

Sebagai orang lama dalam perkidmatan korporat saya amat kecewa kakitangan LHDN seolah-olah tidak berkerja sebagai satu pasukan kerana mereka lebih mementingkan petunjuk aras (KPI) jabatan masing-masing.

Diharap pengurusan atasan perlu melihat budaya ini yang sangat merugikan modal insan pada masa depan. Juga, pengurusan atasan perlu berhati-hati mengunakan  Akta  sebagai amaran keras dalam surat kepada pembayar cukai semata-mata untuk memenuhi KPI kerana ada  maklumat dan data tidak tepat  disebabkan kelalaian petugas LHDN sendiri.

TENGKU MAN
Pandan Indah, KL

TUGAS ULAMAK MENASIHATI BUKAN MEMIHAK ATAU MENGHINA SEBELAH PIHAK.

Pelik tapi benar. Sepanjang saya menimba ilmu, saya dinasihati sekiranya ada perbalahan dengan sesiapa sahaja pergi lah meminta nasihat dengan orang berilmu, matang dan banyak pengalaman.

Jika dipejabat, kita berjumpa pakar-pakar yang boleh membantu kita untuk meneruskan tugas yang diberi kepada kita.

Jika hal pengajian, kita jumpa profesor-profesor dalam bidang yang mereka banyak ilmuan dan kepakaran.

Begitu jugalah dalam bidang agama dan rumahtangga, kita jumpa ulamak untuk mendapat nasihat bagi menyelesaikan masalah kita.

Tapi sejak kebelangkaan ini, ulamak tidak menjalankan tugas sebagai penasihat. Iaitu menasihati kedua-dua pihak yang berbalah. Malah lebih suka menyebelah pihak yang selari dengan fahamannya.

Jadi, saya syorkan ulamak kenalah pilih pendirian samada mahu memihak atau menasihati sesaorang yang datang meminta bantuan.

Jika ia memilih mahu  memihak, maka bukanlah mereka  taraf  ulamak apatah lagi menghina dan mencerca sesaorang. Bertambah buruk jika dia celaru fikiran (cognitive disorder) disebabkan tekanan, makan ubat berlehihan dan sebagainya. Sepatutnya, mereka  berhati mulia, cekal, jernih air muka, tabah hati  selari dengan  taraf sebagai ulamak.

Saturday, February 2, 2013

DEMAM PRU 13 : HATI-HATI ADA HANTU TEGAR LOMPAT PARTI

Saudara Pengarang,

Dalam pemerhatian saya, demam kempen  PRU 13 semakin panas. Bagi orang-orang politik dan ahli perniagaan semakin gelisah akan kedudukan karier dan perniagaan mereka. Maklumlah, tersilap menyokong parti buruk padahnya masa depan.

Oleh itu, ingin saya memberi pandangan kepada Jawatankuasa Pemilihan Calun parti supaya berhati-hati dengan manusia "dua alam" ini. Mereka akan menukar "kiblat" apabila parti yang disokongnya kini menunjukkan akan kalah apabila piliharaya semakin dekat.

Mengikut soalselidik yang dibuat oleh beberapa agensi dan organisasi, BN akan memenangi PRU 13 dengan cemerlang samada diperingkat parlimen dan negeri.

Kebiasaannya, manusia "dua alam" ini akan mempromosikan diri mereka menjadi ahli baru parti kerana kononnya tiada kepercayaan terhadap kepimpinan parti. Persoalannya, kenapa sekarang?. Inilah dikatakan "survival" untuk hidup "1000 tahun" lagi.

Mana tau.. mereka diangkat menjadi YB atau diberi kontrak. Tambahan pula membawa pengikut setia mereka.

Diharap Jawatankuasa Pemilihan berlaku adil terutama  kepada ahli-ahli parti yang sudah lama berjuang, setia  dan dedikasi terhadap kepartian. Maksudnya, jangan dipinggirkan.

Bagi manusia hidup dengan "dua alam" ini,  tidak patut  diberi peluang kerana mereka ini   tidak mempunyai pendirian serta semangat  memperjuangkan bangsa, agama dan negara.

Mengikut hasil kajian, gerombolan ini mempunyai emosinya yang tidak menentu, sering terganggu dan dibuai mimpi.

Jadi, kepada sesiapa yang sudah insaf atas kecendurungan menyokong kepartian
 " tin kosong " eloklah berhijrah sekarang sebelum PRU 13 diumumkan.

TENGKU MAN
Pandan Indah, KL