Tuesday, October 26, 2010

TONTONLAH BOLASEPAK DENGAN BERADAP DAN PROFESIONAL DAN BUKAN DENGAN EMOSI KETERLALUAN.

Pengarang,

Saya amat berharap perlawanan akhir bolasepak antara Negeri Sembilan dengan Kelantan pada hujung minggu ini tidak dicemari pergaduhan yang bakal memperlihatkan kelemahan mentaliti penonton di negara ini.

Saksikan permainan bolasepak sebagai satu "postmortem" bagaimana strategi yang di atur oleh kedua jurulatih boleh dipertingkatkan untuk perlawanan keperingkat antarabangsa. Jangan menonton bolasepak dengan emosi keterlaluan dengan membawa barang larangan seperti mercun, bunga api atau peralatan yang boleh menjadi senjata dalam suasana kekecohan.

Dari beberapa perlawanan terdahulu, ternyata sebilangan besar penyokong Kelantan terlalu mengikut perasaan dan sebagai pencetus provokasi yang memudaratkan suasana keseronokan penonton lain menyaksikan seni bola sepak. Perbetulkan persepsi orang awam dan masyarakat antarabangsa bahawa sebilangan penonton yang bermastautin jauh dari kawasan bandaraya / "urban" mempunyai sikap positif dan sederhana.

Semoga perlawanan hujung minggu ini menghiburkan tanpa mencetuskan kontroversi samada dari penonton, pengadil, penjaga garisan serta pemain-pemain.


TENGKU MAN
Pandan Indah

Sunday, October 17, 2010

KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DI TANAH MELAYU PERLU WUJUD SELAMA LAMANYA.

Pengarang,

Saya tertarik dengan ulasan Dr Mohd Ridhuan Tee mengenai "Nasib bahasa Melayu di bumi Melayu" didalam Mingguan Malaysia hari ini.

Kenyataan yang menarik perhatian saya ialah kiasan pegangan hidup beragama dimana setiap penganut berpegang kepada kitab masing-masing.


Secara tidak langsung beliau mengupas bahawa sekiranya sesaorang itu tidak mempercayai kitab mereka, maka mereka sepatutnya mencari jalan keluar bagi mendapatkan apa yang boleh memberi kepuasannya.


Begitu jugalah apabila sesaorang itu telah menjadi warganegara, maka mereka perlu mempunyai pegangan hidup bernegara berlandaskan perlembagaan sebagai "kitab" memandu kebahagian, keharmonian serta keselamatan bernegara.


Jika apa yang termaktub dalam perlembagaan tidak selari dengan kehendak mereka yang tamak dan berubah-ubah , maka mereka perlu meninggalkan negara ini dan mencari sebuah negara yang boleh memberi kesejahteraan dan kedamaian yang di hajati.


Umumnya, semua tahu bahawa hak hak keistimewaan bumiputra terutama orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan wujud sebagai balasan orang pribumi bumiputra memberi status kerakyatan kepada pendatang asing tanpa syarat yang dibawa oleh pihak Inggeris dari China dan India untuk tujuan perlombongan dan perladangan ketika itu.


Pendatang ini diberi kebebasan dan kerakyatan dengan jaminan keselamatan oleh askar Melayu diRaja dibawah panji Raja-Raja Melayu dari ancaman komunis, mengamalkan agama dan budaya masing masing.


Pada pandangan saya, kekalutan timbul adalah terdapat kelemahan perlaksanaan memberi keistimewaan dikalangan orang Melayu sendiri seperti ketidak sama rataan taburan peluang dan kekayaan . Ini memerlukan "post mortem" oleh kepartian orang orang Melayu itu sendiri supaya dapat mencari mekanisma untuk mengembalikan roh asal keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra.


Oleh itu, sepatutnya tiada wujud tuntutan bersifat ancaman dari orang bukan bumiputra untuk mengurangkan keistimewaan orang bumiputra yang termaktub dalam perlembagaan kerana "keserabutan" wujud dikalangan golongan bumiputra dan keistimewaan itu walau apa sekali pun terjadi tidak boleh berpindah kepada bukan bumiputra untuk selama lamanya.


TENGKU MAN
Pandan Indah

Wednesday, October 13, 2010

1 MALAYSIA MENJADI KENYATAAN APABILA ORANG CINA DAN INDIA TIDAK LAGI MEMPERKENALKAN DIRI MEREKA DARI NEGARA ASAL MEREKA.

Pengarang,


Saya tertarik dengan ulasan mantan PM Dr Mahathir Mohamad dalam blognya dimana tahap pencapaian 1Malaysia adalah terletak pada perubahan sikap orang Cina dan India mengugurkan tuntutan bahasa ibuanda dalam sistem sekolah dan tidak memperkenalkan diri mereka dari negara asal.


Sekiranya revolusi diri mereka dipercepatkan maka matlamat 1Malaysia dapat dicapai dengan segera dan rakyat hidup harmoni sebagai satu bangsa Malaysia. Sebaliknya, orang Cina dan India masih memartabatkan negara asal mereka maka selagi itulah keistimewaan bumiputra rantau ini tidak boleh dihapuskan dan dicabar.


Jadi , pada pendapat saya, peralihan minda orang Cina dan India amat penting dalam merealisasikan 1Malaysia dan bukan menuduh bangsa asal dinegara ini sebagai "racist".



TENGKU MAN
Pandan Indah

Friday, October 8, 2010

SYOR PANGGIL BALIK PROTON SAVVY UNTUK PEPERIKSAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL.

Pengarang,

Keluarga saya memiliki sebuah Proton Savvy AMT sejak Sept 2006. Malangnya, sejak dibeli hinggalah kehari ini masalah "jerking" / lonjakkan kuat semasa berundur tidak dapat diatasi oleh pihak penyelengaraan Proton dan kami sudah beberapa kali terlanggar kereta dibelakang semasa berundur.


Dalam masa yang sama pihak Proton melanjutkan tempoh waranti dari 2 tahun sehingga 5 tahun dengan melantik pihak ketiga ( syarikat insuran-Asia Insuran (M) Sdn Bhd ) mengambil alih tanggungjawab Proton.. Walaupun ia berita baik kepada pemilik Proton Savvy tetapi pada realitinya tidak semua peralatan ganti di terima oleh pihak insuran seperti saya alami selama 4 tahun ini(2010).


Disamping dikenakan kos "excess for extended waranty", saya diminta membayar separuh dari alat ganti kerana sistem elektrik seperti "Ignition Harness" dan "Shunt Cable Assy" yang rosak tidak dilindungi sepenuhnya oleh pihak insuran sedangkan mengikut sijil alat ganti tersebut adalah dibawah skim insuran.


Dua bulan yang lalu, kereta ini mengalami gear yang tiba-tiba hilang panduan "free gear " semasa memandu. Masalah ini amatlah serius yang membolehkan kemalangan maut. Saya telah membawa kereta tersebut di Proton Edar Desa Tun Razak dengan di periksa oleh pihak ketiga yang dilantik oleh pihak insuran.


Malangnya setelah sebulan menunggu keputusan pihak ketiga yang dilantik oleh insuran, peralatan "modulate actuator","cylinder clutch" dan "electirc pump" tidak diluluskan oleh pihak insuran dengan alasan tidak mengikut perjadualan penyelengaraan. Untuk maklumat, semua penyelengaraan telah dibuat tetapi sudah tentu tidak boleh menepati masa dan kilometer yang ditentukan kerana ada kala sukar mendapat tempahan penyelenggaraan. Walaubagaipun, kereta tersebut tetapi diselenggara oleh pihak yang bertauliah dengan sedikit kelewatan yang pasti tidak menjejaskan kerosakan serius.


Aduan kami sejak penyelengaraan pertama pada tahun 2006 hingga tahun 2010 tidak banyak memberi impak kepada pihak pengurusan Proton untuk mengambil tindakan. Aduan kepada Bahagian Pelanggan Proton sehinggalah e-mail kepada Dato' Zainal sendiri tidak menampakkan Proton "membudayakan ciri ciri setia" kepada pelanggan Proton.


Oleh itu, saya syorkan kereta Proton Savvy tersebut perlu dipanggil untuk pemeriksaan teliti oleh pihak ketiga terutama dari luar negara yang pakar dalam industri keselamatan kereta. Sekiranya, keputusan perlu Proton Savvy DIHAPUSKAN dijalan-jalan raya kerana membahayakan pemandu, penmpang serta penguna jalan lain, maka pihak pengurusan Proton perlu menerima hakikat ini sebelum saman dimulakan dimahkamah.



TENGKU MAN
Pandan Indah

Wednesday, October 6, 2010

SEDIH KERANA PEMBELIAN PERALATAN CANGIH BAGI MEMBENTERAS PATI TIDAK MEMBERI TAMBAH NILAI KEPADA KERAJAAN.

Pengarang,

Sebagai rakyat biasa, saya amat sedih dalam usaha kerajaan memodenkan pasukan penguatkuasaan seperti pembelian bot bot laju serta peralatan canggih bagi mengesan dan menangkap PATI, sebilangan kakitangan dan pegawai di agensi kerajaan di tangkap oleh SPRM kerana menerima sogokkan sehingga RM30,000 sebulan.

Kesimpulannya, tiada guna kerajaan memperlengkapan peralatan tercangih dengan kos mahal jika moral kakitangan amat rendah dan menjijikan. Saya berpendapat, pendekatan memodenkan peralatan dalam apa jua jabatan atau kementerian tidak akan menjamin kawalan semakin untuh jika moral kakitangan jabatan tersebut bermasaalah dan senang dijual beli.

Barangkali, pihak tertentu boleh memikirkan sejumlah bajet yang diperuntukan setiap tahun untuk memodenkan sesuatu angkatan itu disalurkan pula dalam bentuk mempertingkatan “benefit” / kemudahan rawatan serta elaun kakitangan bagi mengelakkan sesaorang tersebut menerima sogokan dalam keadaan terdesak dimana pendapatan isi rumah mereka terlalu rendah.

Jika pendekatan ini tidak memberi tambah nilai dalam menegakkan intergriti kerajaan dimata rakyat dan antarabangsa, mereka ini perlu di ambil tindakan selari dengan undang-undang negara ini.


TENGKU MAN
Pandan Indah