Thursday, August 12, 2010

PPSMI TUNTUT BAHASA INGGERIS UNTUK PERTAMBAHAN ILMU UNTUK BANGSA MELAYU SEMENTARA PENGUNAAN BAHASA MELAYU MEMPERKAYAKAN BAHASA ITU SENDIRI.

Saudara Pengarang,

Saya berpendapat bahawa PPSMI perlu diteruskan kerana orang Melayu perlu menuntut ilmu dari buku dan rujukan dalam bahasa Inggeris. Ilmu-ilmu yang sedia ada dalam bahasa Inggeris sudah tentu tidak dapat diterjemahkan dalam Bahasa Melayu secara tepat serta dalam masa yang singkat.

Bahasa Melayu hanya boleh diperkayakan dan bercambah dengan penyelidikan dalam bahasa melayu berdasarkan bahasa-bahasa sastera klasik, baru dan kuno. Ia tidak dapat diselaraskan untuk menuntut ilmu sains dan matematik.

Kesimpulannya, jika orang Melayu mahu maju maka mereka perlu mendapatkan ilmu dari buku-buku serta penyelidikan dalam bahasa Inggeris. Jika tidak, orang Melayu tidak akan dapat menambah ilmu sains dan matematik jika mereka mengunakan bahasa Melayu yang terhad dan tidak kaya dengan perkataan.

Bahasa Melayu boleh dipertahankan dan diperkayakan dalam pengunaan kesusateraan serta percakapan secara logik dan sukar diterjemahkan secara akademik dalam bahasa Melayu.