Sunday, October 6, 2013

FORUM TPPA: ANWAR SETUJU, DR M BELUM JAWAB

Itulah tajuk yang didendangkan oleh Harakah daily.net mengenai Forum TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement) yang akan dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Badan Bertindak Bantah TPPA yang dicadangkan pada 10 Oktober 2013 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.

Dari pengamatan saya, apa "standard" Anwar untuk berhujah mengenai TPPA? Semasa memegang jawatan kedua tertinggi dan Menteri Kewangan dulu  ternyata "competency" atau kewibawaan Anwar boleh diukur dengan jangkauan tapak tangan sahaja. Saya tidak nampak beliau menyerlah dalam tempoh  memegang porfolio Menteri Kewangan  apatah lagi dengan kelulusan akademik yang tidak secucuk dan pengetahuan yang tidak "international".

Jadi, ada eloknya badan-badan yang hendak menjadi hero ini memilih sesaorang yang setanding dengan Dr M untuk berhujah dan memberi nilai tambah kepada pendengar. Saya syorkan carilah ahli panel  dari PKR atau PAS yang berkebolehan untuk berhujah secara profesional dan dihormati oleh pendengar. Jika tak ada, duduk diam-diam saja lah.

Umum mengetahui bahawa Dr M sudah berundur dari memegang jawatan berpengaruh dalam politik, maka sebaik baiknya "sekutu" beliau adalah ahli panel yang terdiri dikalangan bukan ahli politik yang berwibawa berbicara berkenaan TPPA.

Dalam hal TPPA, kita tidak boleh berhujah dengan cerita dongeng politik. Ia perlu ada "substance dan material" untuk menyakinkan rakyat dengan keupayaan kepimpinan. Maksudnya kita bukan mencarI penglipor lara moden untuk menambat hati pendengar sahaja. Begitu juga dikhuatirkan penonton bukan saja disajikan  penglipor lara malah penonton mungkin teruja merenuh wajah baru Anwar yang dikatakan mempunyai wajah baru. Jika ini berlaku sudah tentu matlamat asal dialog ini tidak akan tercapai.