Saturday, March 16, 2013

SYOR BICARA DAN DEDAHKAN SALAH LAKU PEMIMPIN POLITIK SECEPAT MUNGKIN

Dengan mengambil iktibar pendedahan salah laku pemimpin politik di dalam media dan blog, saya syorkan di masa akan datang pendedahan salah laku pemimpin kepada umum perlu di buat secepat mungkin supaya rakyat dapat mengikuti dan  menilai keperibadian  pemimpin tersebut.

Apa yang saya perhatikan dimasa lalu, ada sebilangan pemimpin peringkat tertinggi  enggan mendedahkan salah laku pemimpin yang terlibat  semasa berkuasa demi menjaga nama parti dan keluarga mereka.

Bagi saya, strategi tersebut tidak memberi  nilai tambah  bagi membaiki keperibadian  beliau malah individu tersebut semakin berani melakukan sesuatu untuk nafsu dan kepentingan diri sendiri.

Apabila cerita beliau  di dedahkan setelah beberapa tahun dari fail sulitnya,  cerita tersebut dianggap sudah lama, kitar semula dan  basi.

Ini kerana kesetiaan pengikut  terhadap pengaruh dan pimpinan beliau  sudah menebal dan sukar menerima cerita salah laku pemimpin mereka.


Jadi, saya syorkan setiap pemimpin politik selepas PRU 13  perlu dipantau dan keperibadian songsang serta  nilai moral nya perlu di dedahkan dan diambil tindakkan lebih awal supaya pengikut tidak "menghalalkan" perlakuan pemimpin mereka.

Jangan sembunyikan kelakuan negatif pemimpin dari pengetahuan umum kerana dalam mainan politik menuntut di dedahkan keperibadian pemimpin dengan serta merta.


TENGKU MAN
Pandan Indah

Wednesday, March 6, 2013

RAKYAT TANPA SEMANGAT KEBANGSAAN ADALAH SAMPAH

Saudara Pengarang,

Sebagai rakyat Malaysia, tak kira dari bangsa, asal usul dan parti politik mana pun perlu mempunyai semangat kebangsaan serta setia pada negara Malaysia.

Jika sesaorang itu tidak ada semangat kebangsaan maka hati mereka hitam sehitam arang batu.

Jadi apa perlu mereka berada di Malaysia  dibawah perlindungan  anggota polis dan tentera jika mereka terus menghina anggota keselamatan kita.

Dengan keadaan  aman dan rangsangan ekonomi yang baik, golongan inilah yang  membina kekayaan demi kekayaan setiap hari.

Bagi pendapat saya, rakyat yang berhati  hitam ini perlu dibakar untuk dijadi abu dan di hantar kenegara asal usul mereka.

TENGKU MAN
Pandan Indah

TANYA SAMA ULAR, APA SEBAB GOYANG, NANTI JAWAP ULAR, AKU LAH DALANG

Saudara Pengarang,

Dalam suasana sedih di atas kematian wira kita di Lahad Datu, pembangkang sempat membuat lirik lagu penglipurlara menghina pemimpin parti pemerintah dan keluarga wira-wira kita.

Lirik lagu mereka seakan-akan  tajuk di atas. Ada penonton teruja menyanyi bersama lirik lagu tersebut sambil menyindir pihak Polis dan Angkatan Tentera kita.

Amat mengaibkan sebagai rakyat Malaysia dimana dalam suasana begini mereka berpesta serta bersuka ria diatas  kehilangan nyawa kedua-dua belah pihak yang majoritinya adalah beragama Islam.

Apakah ini pemimpin yang perlu kita dukung dan angkat untuk menjadi pemimpin negara?. Akal kebudak-budakan yang zahirnya sudah bertaraf warga emas.

Di harap mereka ini banyakkan  berisitifar sebelum Tuhan memanggil untuk dihisap dan bukan dihina  seperti yang mereka lakukan sesama makluk Tuhan.




TENGKU MAN
Pandan Indah