Saturday, November 27, 2010

PENGANJUR PROGRAM AWAM TIDAK MENDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN.

Saudara Pengarang,

Pada 28 Nov 2010 ( pagi Ahad ), saya meluangkan masa mengikuti pelbagai seni jasmani di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Adalah menjadi rutin setiap minggu saya mengikuti program jasmani seperti aerobik oleh Dewan Bandararaya KL
( DBKL) .
Pada masa yang sama, saya lihat beberapa sepanduk diikat ditiang tiang lampu dalam bahasa Inggeris dan Cina diperkarangan Taman Tasik Titiwangsa, KL. Yang menarik perhatian saya ialah tulisan Cina terpapang besar dan di ikuti bahasa Inggeris yang sekadar dapat membaca dari jarak dekat. Malangnya, tiada satu perkataan maupun ayat dalam bahasa kebangsaan kita.
Naluri saya penuh dengan kebinggungan untuk mengetahui bentuk program awam yang akan berlangsung disana. Di paparkan dalam bahasa Inggeris di tulis " One Harmonious Family!" dengan gambar kartun mirip kaum India dan Cina.
Petugas yang memberi arahan kenderaan yang lalu di perkarangan taman tersebut pula memakai baju-T dengan lambang Kerajaan Persekutuan dengan tertera KDN ( Kementerian Dalam Negeri ).
Persoalannya, bagaimana program berbentuk awam dan dianjurkan ditempat awam dihadiri oleh sebilangan besar dari satu kaum sahaja? Dimana penglibatan semua lapisan kaum dalam program berbentuk perpaduan kaum? Ini berbeza sekali sekiranya sesuatu program itu diterajui oleh orang Melayu didapati banyak melibatkan kaum lain datang meraikan sesuatu program tersebut.
Bagaimana dari segi peruntukan perbelanjaan kerajaan yang saya pasti sudah diambil kira dengan penglibatan semua kaum dan agama? Yang pasti program ini bercanggah dengan konsep yang dilaung laungkan oleh PM kita. Apakah ini petanda kegagalan dalam meng "implementasi" kan konsep SATU MALAYSIA oleh sebilangan kaum yang bernaung diatas nama persatuan, pertubuhan dan sebagainya?.
Lebih malang lagi, petugas mereka yang mengenakan baju-T lambang Kerajaan Persekutuan mengawal dan mendominasi semua aliran masuk kenderaan. Sedangkan petugas DBKL yang berada dikawasan tersebut seolah-olah hilang taring dalam mengawal kawasan umum tersebut.
Jika ini realiti, adakah telah ada sesuatu kaum "mengawal" organisasi Kementerian yang saya anggap penting dalam menerajui masa depan negara dan majorti penduduk Malaysia ini?.


TENGKU MAN
Pandan Indah.

Friday, November 26, 2010

KUTBAH MASJID AL-AZIM PANDAN INDAH JERIT-JERIT

Saudara Pengarang,

Walaupun hari berkerja, saya sempat beberapa kali balik dari pejabat bersolat Jumaat di kawasan perumahan saya di Pandan Indah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah ada golongan berkerja mengeluh kerana kutbah di Masjid Al-Azim, Pandan Indah terlalu panjang sehingga jemaah terpaksa balik kepejabat dalam keadaan tergesa-gesa.

Pada hari kelmarin, saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Selain dari sistem pembesar suara yang tidak jelas dan penyampaian yang tidak menarik, kutbah yang di baca dalam nada terlalu rendah dan tiba tiba tinggi tanpa sebab seolah-olah di baca dalam keadaan menjerit.

Samada dengan alasan kutbah tersebut bermaksud untuk "mengejutkan" jemaah yang terlena, saya khuatir kanak-kanak yang bersama ibubapa dan para jemaah muda akan menjadikan budaya jerit menjerit satu piawai budaya dalam agama Islam. Oleh itu, saya berpendapat penyampaian sesuatu mesej semasa berkutbah perlu lebih beradab, menarik tanpa mengerdik dengan jeritan didalam masjid yang suci murni.

Saya harap pihak jawatankuasa masjid perlulah memantau serta berbincang bagaimana kaedah sekarang dapat di terima oleh sejumlah besar jemaah supaya mesej yang disampaikan dapat dimenginsafi jemaah serta mesejnya dapat dibawa dan berkongsi bersama keluarga di rumah. Amat malang, herdikan dan jeritan di atas mimbar merosakkan ketertiban beradab dan budaya kita. Apatah lagi, jemaah diwaktu solat Jumaat terdiri dari pelbagai lapisan umat Islam seperti dari warganegara Indonesia, Mynmar, Bangladesh , Nepal serta Timur Tengah yang rata-rata mereka tidak tahu hujung pangkal jeritan dari atas mimbar.



PENDUDUK TAMAN PANDAN INDAH
Pandan Indah.

Monday, November 22, 2010

CORAK KEPEMIMPINAN YANG AGRESIF BOLEH MAKAN DIRI SENDIRI

Saudara Pengarang,

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kita disajikan dari pelbagai media cetak mengenai pengikut dari sebuah parti di negara kita membuat bantahan keras corak kepimpinan mereka dengan mengadakan pelbagai bantahan semasa proses pemilihan pemimpin peringkat cabang, bantahan jalanan, lapuran polis dan sebagainya.

Oleh kerana pengikut-pengikutnya di suatu ketika dahulu "diajar" menjadi kurang ajar maka kini senjata atau mekanisma yang diguna pakai sudah memakan tuan sendiri.

Nampaknya pucuk pimpinan serta "wartawan" mereka sudah tidak dapat menafikan yang kononnya sebuah parti lain "menyamar" sebagai ahli parti mereka.

Kini dah pun terang malah disuluhkan lagi dimana ahli-ahli mereka sendiri mempromosikan siapa diri mereka dan kenapa mereka mencabar kepimpinan parti.

Seperti pepatah Melayu , "Ayah Borek Anak Rintik" dimana perangai "ayah" kini di ikuti oleh "anak-anak" yang mana jadual kehidupan mereka sejak kecil di ajar dengan kata-kata dan perbuatan yang bercanggah dengan nilai dan amalan hidup mereka.

Apatah lagi, provokasi yang diajar oleh pimpinan mereka adalah retrotik dan tidak secucuk dengan budaya serta adab orang timur.

Dari pengajaran di atas, saya berharap dimasa akan datang tiada kepimpinan samada pemerintah atau pembangkang dimasa mengunakan pendekatan yang songsang dari amalan hidup yang akhirnya memakan diri sendiri dan memusnahkan satu kebahagian sesebuah keluarga.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa semua wakil rakyat, ahli parlimen dan pemimpin masyarakat yang mencari pengaruh perlu lah lebih berhemah dalam bagi membentuk satu masyarakat murni, berdidikasi, berjiwa besar, ikhlas serta berwawasan.


TENGKU MAN
Pandan Indah.

Sunday, November 14, 2010

TARIKH 13 MEI ADALAH TARIKH LAHIR ANAK SAYA LAHIR. KENAPA DIGERUNI??

Saudara Pengarang,

Kepada masyarakat Malaysia yang lahir sebelum tahun 60an, peristiwa berdarah di tanah air pada tarikh 13 Mei 1969 barangkali amat mengerunkan kepada mereka.

Tetapi kepada generasi yang lahir selepas tarikh tersebut , mereka tidak sepatutnya di hukum secara sinis oleh politikus yang ketandusan idea dengan menjadikan tarikh tersebut sebagai tarikh malang.

Bagi generasi yang tidak melalui peristiwa itu, tarikh tersebut barangkali adalah tarikh kesyukuran meraikan hari kelahiran, pertunangan, perkahwinan, graduasi dan peristiwa yang manis untuk dibuat kenangan semasa hayat mereka dimana tarikh tersebut akan dilalui dengan cara hormat dan ceria sepanjang hayat.

Oleh itu, otai-otai politikus yang ketandusan modal perlulah berlaku adil kerana sudah tentu ada di antara mereka mempunyai anak, cucu atau saudara mara yang meraikan tarikh keramat itu sepanjang tahun.

Sebagai generasi yang sudah matang, angkatlah martabat tarikh tersebut sebagai tarikh bermulanya semangat kemuafakatan.

Saya cadangkan tarikh 13 Mei dinamakan HARI BERMUAFAKATAN atau HARI MUAFAKATuntuk seluruh rakyat Malaysia tanpa melukakan hati generasi baru.


TENGKU MAN
Pandan Indah.

Thursday, November 11, 2010

PATROTIK PERLU LIHATKAN PERBUATAN BUKAN AKUAN SEMATA-MATA.

Pengarang,

Saya amat tertarik dengan kenyataan seorang menteri merumuskan bahawa ada sebahagian kaum di Malaysia tidak patrotik berdasarkan statistik dalam penjawat am seperti dalam Angkatan Tentera dan Polis DiRaja Malaysia.

Bagaimanapun ia secepat kilat hero dari bangsa tersebut menyangkal dakwaan tersebut dengan alasan bahawa kekurangan sesuatu kaum dalam pasukan khidmat kepada negara kerana proses penapisan kaum bukan Melayu amat ketat dalam menjawat kerja jaya tersebut.

Dari pemerhatian saya, ada asas kenapa kaum tersebut agak sukar lulus dalam proses pengambilan dalam pasukan tersebut berdasarkan merit dibawah;

1. Tidak mempunyai minat menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa harian sedangkan mereka adalah warga Malaysia serta dilahirkan di Malaysia. Lebih cenderung kepada bahasa ibuanda mereka.

2. Sebahagian besar mereka tidak tahu menyanyi Negara Ku terutama lepasan sekolah bukan dari sekolah kebangsaan.

3. Sukar bergaul dengan bangsa atau keturunan lain. Mereka lebih suka berpuak-puak.

4. Mempunyai persepsi bahawa kaum mereka adalah" penjana ekonomi" sedangkan penjawat am tersebut sebagai "penjaga" kepada perniagaan dan keselamatan mereka yang sebahagian besar adalah pembayar cukai yang besar.

Dari tidak tanduk diatas, tidak salah bahawa sesaorang itu samada orang biasa atau sebagainya mengeluarkan pendapat kerana ia selari denganhak sesaorang itu bersuara samada memuji atau meluahkan perasaan masing-masing.

Oleh itu, tidak perlulah individu atau kumpulan yang menyuarakan pendapat mereka perlu memberi penjelasan kepada kaum lain. Sepatutnya kaum tersebut perlu memberi penjelasan kenapa mereka sebagai warga negara tidak mampu menzahirkan kesetiaan mereka dengan berkhidmatan / perbuatan demi negara.


TENGKU MAN
Pandan Indah