Tuesday, August 12, 2014

SYOR SISTEM PENGURUSAN AIR MENGUNAKAN KAEDAH SISTEM GRID BEKALAN ELEKTRIK

Dalam suasana ketirisan bekalan dan pengurusan  air kepada penguna di jadikan sumber modal perbalahan politik, saya terpanggil untuk mengemukakan cadangan sistem pengurusan air mengunakan konsep sistem grid bekalan elektrik yang terbukti lebih praktikal dan efisen.

Jika sistem bekalan elektrik melalui peringkat  penjanaan, penghantaraan dan pengagihan maka sistem bekalan air juga boleh melalui peringkat tadahan dan rawatan, penghantaran mengunakan pembentungan  kekawasan tadahan skala sederhana  dan pengagihan  dikawasan perumahan serta industri yang meliputi semua negeri-negeri di Malaysia.

Ini bermakna, punca air yang bermula dari pertengahan banjaran titiwangsa mengalir ke pantai timur dan kepantai barat Semenanjung dapat di salurkan, tadah, rawat serta agih mengikut  sistem grid bersepadu.

Penghantaran bekalan air ini akan melalui  pembentungan bawah tanah seperti penyaluran gas dari Teluk Kalong, Terengganu ke selatan dan utara Semenanjung.

Bagi merealisasikan impian ini, pengurusan fasiliti perlu di tadbirkan oleh sebuah syarikat yang berwibawa dan semua kerajaan negeri samada di perintah oleh pembangkang perlu memberi laluan demi  kepentingan rakyat dan negara. Sekira ada akta yang mengengkang cadangan ini maka perkara tersebut perlu di bincangkan di peringkat parlimen supaya tiada kecacatan semasa pengurusan dan pengagihan bekalan air.

Dengan adanya permuafakatan dan sistem bersepadu bagi mengurus, merawat serta mengagihan bekalan air, diharap tiada satu pun negeri di negara ini kekurangan air teruatama di musim  kemarau.

Mengambil contoh ektrim pengurusan bekalan air di negara-negara Timur Tengah yang sentiasa kemarau tetapi berada di musim sejuk yang singkat, pengurusan salji diwaktu musim sejuk di kawah-kawah gunung-ganang perlu dipuji  kerana mereka berjaya  mengurus, menjana dan menyimpan air untuk kegunaan harian  semasa musim panas yang panjang.

Semoga rakyat Malaysia dapat  mengamalkan budaya dan berfikiran  positif dalam membantu kerajaan samada di peringkatan persekutuan maupun negeri.