Thursday, August 12, 2010

SYOR GALAK KAHWIN SERUMPUN.

Saudara Pengarang,

Fenomena lelaki Malaysia suka berkahwin dengan gadis serumpun seperti dari kalangan gadis Indonesia, Filipina serta Siam perlu disokong oleh semua pihak samada keluarga dan kerajaan bagi merealisasikan konsep "cinta tanpa sempadan" yang asal usulnya dipisah oleh penjajah walaupun pada suatu ketika kita sebenarnya sesama agama dan bangsa. Oleh itu, kajian perlu dibuat dari aspek perundangan negara berjiran seperti mempermudahkan status penduduk tetap, penempatan, pekerjaan dan warganegara anak-anak mereka. Walaubagaimanapun, perundangan seperti jenayah dan sebagainya perlu diperketatkan selari dengan Islam dan "Common Law" sehingga terbentuknya rakyat yang berdisplin dan bermoral.

Bagi saya, perkembangan zuriat perlu diberi ruang sepenuhnya hingga merintasi sempadan negara kerana sempada negara dibentuk oleh manusia itu sendiri. Persoalan samada wanita Malaysia tidak menjadi pilihan lelaki Malaysia bukan satu isu perlu diperdebatkan kerana agama, adat, asal usul, bangsa serta keserasian pasangan adalah keutamaan dalam memperkembangkan agama dan asal usul bangsa itu sendiri.

Diharap satu hari nanti rakyat Malaysia dapat memandang jauh kehadapan tanpa mengunakan emosi dalam membuat satu dasar yang menyekat pertumbuhan bilangan manusia yang murni dan produktif. Bayangkan rakyat serumpun kita yang besar ini dapat berinteraksi, berkembang dan kaya dari segi ilmu, percambahan daya fikiran serta besar bilangannya yang memberi impak kepada kelahiran warga yang bijak pandai serta luas perantauan mencari ilmu hingga mampu membuat kajian di planet-planet yang kita barangkali tidak pernah terfikir diwaktu ini.


TENGKU MAN
Pandan Indah