Thursday, August 12, 2010

UTAMAKAN KANDUNGAN CERAMAH DARI PENCERAMAH.

Saudara Pengarang,

Syabas kepada Kementerian Pelajaran memberi pertimbangan sewajarnya kepada permohonan penceramah bukan dari kalangan BN menghadiri majlis rasmi disekolah-sekolah kerajaan persekutuan. Apa yang penting perlu ditekankan disini ialah mengujudkan kriteria seperti tujuan, kandungan ceramah serta manafaat kepada warga sekolah termasuk pelajar, guru dan ibubapa.

Oleh itu, satu garis panduan perlu di keluarkan supaya mana-mana pihak samada PIBG atau sebagainya dapat berurus dengan baik dan efisen. Begitu juga, Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri perlu meletakkan tanda aras (KPI) jangka masa memproses permohonan serta kelulusan supaya urus setia dapat melaksanakan tugas selanjutnya.

Saya berpendapat isu "orang BN atau bukan BN" bukan satu tajuk yang utama kerana mereka ini perlu melalui proses yang sama. Apa yang penting ialah tiadanya wujud diskriminasi dan "bias" semasa membuat keputusan. Saya harap Jabatan Pelajaran berpejabat di negeri-negeri naungan bukan BN perlu lebih bersikap terbuka dan menilai secara profesioanal tanpa syak wasangka.