Monday, November 19, 2012

BERDOA UNTUK MENDAPAT KESEJAHTERAAN UMAT

Saudara Pengarang,

Dari pemerhatian saya, semakin dekat  PRU 13 akan di adakan semakin terdesak setiap parti ingin mencari tumpuan.

Malah semakin kebudak-budakkan cara mereka cuba mempengaruhi bakal pengundi. Wahai politikus negara  Malaysia, kami pengundi bukanlah terlalu cetek untuk menilai perang saikologi antara parti kamu.

Apa salahnya diantara kamu yang sudah terlanjur kata atau terlanjur perbuatan segera minta maaf kepada rakyat. Jangan lah cuba mengalih tumpuan kami dengan membuat satu lagi bidaah yang tidak masuk akal. Kita diajar mendoakan sesuatu yang membawa kebaikan bukan mendoakan keburukkan sesama bangsa dan agama.

Saya tidak pasti kitab mana yang dirujuk dan ditunggang terbalikkan supaya pengertian menjurus kepada kemahuan politik mereka. Janganlah mencelarukan fikirian bangsa sendiri yang sebahagiannya  masih cetek pengetahuan tentang politik.

Dalam saat-saat genting masyarakat Palestine bertarung nyawa, mari lah kita sama-sama berdoa agar mereka di lindungi Allah SWT. Jangan lah berdoa mengkhianati bangsa dan agama sendiri dinegara kita sedangkan umat Islam dibunuh dengan kejam di Palestine.

Bangkit dan sedarlah mereka memerlukan kita untuk berjuang menentang zionis yang kejam yang  terang-terang termaktub dalam kitab. Setakat ini belum saya terbaca  bangsa Melayu tertulis dimana-mana hadis yang mengatakan pengkhianat bangsa dan agama.

Jadi, apa rasional nya kita berdoa menghapuskan bangsa kita sendiri?


TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur

Saturday, November 17, 2012

SYOR KEPADA PEGUAM PERLU MELALUI UJIAN TAHAP KEWARASAN SEBELUM MAHKAMAH BERSIDANG.


Pengarang,

Apabila wujud keraguan kepada tertuduh dalam bicara sesuatu kes dan sebelum mahkamah membuat keputusan, kebiasaannya tertuduh diminta menjalani peperiksaan atau rawatan psikiatri untuk mencari tahap kewarasan. Begitu juga ujian tahap alkohol terhadap peserta sukan bagi mempastikan peserta tidak dipengaruhi bahan terlarang semasa bertanding.

Maka kaedah ini boleh dijadikan panduan dalam mempastikan setiap peguam pula yang berhujah dimahkamah mempunyai kewarasan manusia “normal” tanpa dipengaruhi atau dirangsang oleh bahan-bahan terlarang. Pada hemat saya, adakalanya hujah dan lontaran oleh peguam semasa mahkamah bersidang seolah-olah melangkaui tahap normal manusia biasa berfikir.Bagi mempastikan mereka berhujah dengan kewarasan dan rasional, dicadangkan semua peguam samaada penguambela atau pendakwaraya perlu menjalani tahap kewarasan seperti peperiksaan tahap kandungan alkohol sebelum atau selepas perbicaraan.

TENGKU MANPandan Indah

Friday, November 16, 2012

MINTA PONDOK POLIS DI TAMAN TUANKU JAAFAR, SUNGAI GADUT

Saudara Pengarang,

Sebagai rakyat Negeri Sembilan, pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hassan  menjadikan Seremban Bandaraya  Satelit  amat membanggakan saya yang baru menetap di daerah Seremban dan berkerja di Kuala Lumpur.

Pembinaan stesen baru  komuter Sg Gadut - Kuala Lumpur telah mempercepatkan hasrat saya serta keluarga berpindah dari Kuala Lumpur ke Taman Tuanku Jaafar, Senawang.

Sebagai warga kota Kuala Lumpur sejak 34 tahun yang lalu ingin saya berkongsi pandangan mengenai kemudahan asas sebagai penanda aras untuk menjadi Seremban sebagai Bandaraya Satelit.

Apa yang dapat saya perkatakan dalam masa terdekat ini  ialah keselamatan serta keselesaan penduduk dan murid-murid  di sekolah dikawasan Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Senawang. . Pengawasan dari pihak berkuasa perlu  di pertingkatkan terutama berhampiran sekolah Rendah dan Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar bagi mengawasi anak-anak dan pejalan kaki  serta murid-murid ke stesen komuter Sg Gadut.

Oleh itu, saya syorkan sebuah pondok polis perlu disegerakan berhampiran sekolah bagi menjamin keselamatan penduduk dan murid-murid sekolah yang akan mengunakan lorong ke stesen komuter Sg Gadut.

Dalam masa yang sama, diharap dengan pengawasan penguatkuasa 24 jam dapat mengurang gangguan yang biasa di cetuskan oleh segelintir anak muda yang membuat bising dan mabuk dikawasan berhampiran sekolah dan lorong pejalan kaki.

Diharap cadangan ini dapat membantu hasrat Menteri Besar Negeri Sembilan merealisasikan impian beliau melihat Seremban bertaraf Bandaraya Satelit secepat mungkin.

TENGKU MAN
Taman Tuanku Jaafar, Senawang.

KENYATAAN NURRUL IZZAH BAHAYAKAN UMAT ISLAM


Umum mengetahui manusia dilahirkan dengan pelbagai personaliti, nilai serta etika maka sudah tentu sesaorang itu melihat kenyataan individu lain dari perspektif yang berbeza. 

Oleh itu, bagi saya kenyataan Naib Presiden PKR Nurrul Izzah yang dilaporkan pelbagai media mahu mengalakkan bangsa dan pegangan agama sesaorang tidak  perlu diikuti oleh individu lain adalah barangkali pendirian beliau sehingga akhir hayat tanpa melihat implikasi pada diri sendiri dan bangsa saya sendiri serta agama saya Islam. 

Apa yang ingin saya berkongsi pendapat diruang ini  bagaimanakah situasi dimasa kita dalam keadaan nyawa kita akan dicabut yang senarionya ketika itu bangsa kita, orang yang beragama sama dengan kita tiada dikeliling kita disebabkan kita sendiri tidak mengalakkan bangsa kita beragama Islam ?. Sedangkan ibubapa serta saudara terdekat barangkali sudah lebih awal meninggalkan kita.

Siapa yang seagama dan sebangsa dengan kita akan menguruskan jenazah kita, memandikan, mengapan dan memasukkan kelubang lahad kalau tidak orang sebangsa dan seagama dengan kita?

Sepatutnya semasa kita hidup dan berilmu ini lah kita perlu meramaikan bangsa dan agama kita. Ini lah intipati kenapa  Nabi Muhammad SAW menyeru semua umatNya dibanyakkan lagi kerana secara tidak langsung bila kita meninggal dunia, orang yang hidup dapat menyempurnakan perjalan akhir kita ke alam kubur serta anak-anak, saidara mara dan sahabat andai mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur nanti.

Jadi pengajarannya disini, jangan lacurkan bangsa dan agama kita sendiri semata-mata untuk mendapat sokongan atau mencari "lebih batuan" sehingga tersasar dalam  meraih undi dan populariti.

Seperti yang saya sebutkan di atas, manusia mempunyai hak untuk menilai sesuatu unggapan atau kenyataan dari sesaorang maka pemberi kenyataan perlu berhati-hati dan jangan menyalahkan pihak lain kononnya telah memutarbelitkan kenyataan tersebut. 


Tuesday, November 6, 2012

SYOR KTM bina stesen komuter di Sungai Gadut elak kesesakan.



ARKIB : 12/07/2002



Saudara Pengarang,

SAYA tinggal di Taman Tunku Jaafar, Senawang, Seremban dan bekerja tetap di Kuala Lumpur. Setiap lima hari seminggu saya menggunakan perkhidmatan komuter dari Seremban.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masalah kesesakan jalan raya di Seremban telah sampai ke tahap kritikal. Antara puncanya ialah sejumlah warga Seremban mengunakan jalan raya untuk berulang-alik kerja sama ada di Seremban atau luar Seremban terutama Kuala Lumpur.


Oleh itu, saya berpendapat wajar pihak KTM membina stesen di luar bandar Seremban supaya penduduk yang berulang alik berkerja di Kuala Lumpur dapat dipisahkan dari penguna jalan raya yang berkerja di kawasan Seremban.


Kawasan yang paling sesuai untuk dibina stesen komuter di luar Seremban ialah di Sungai Gadut, 10 kilometer dari pekan Seremban ke arah Senawang. Bakal pengguna komuter di stesen itu ialah penduduk taman-taman perumahan berhampiran di Paroi hinggalah Senawang.
Dengan cara ini, kesesakan lalu lintas jalan raya dari arah Senawang dan dari Paroi dapat dikurangkan.


Walaupun ketika ini terdapat hanya satu landasan antara Seremban dengan Sungai Gadut, saya percaya kadar penggunaan landasan ini oleh kereta api penumpang dan barang adalah kurang dan boleh dijadualkan semula bagi kegunaan komuter pada waktu puncak.
Perkongsian landasan antara Seremban dan Sungai Gadut sepanjang 10 kilometer hanyalah sementara sehingga landasan berkembar Seremban-Johor Bahru siap dibina.


Bagaimanapun, perkhidmatan ini perlu diadakan mulai sekarang kerana pembinaan landasan berkembar memakan masa yang lama sedangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Seremban bertambah kritikal. Jika keadaan ini dibiarkan, produktiviti kerja dan kesihatan pengguna jalan raya dan komuter juga akan terjejas. Diharap KTMB mempertimbangkan cadangan ini dari sudut tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat. -

TENGKU MAN, Seremban.


Contohi dataran bersejarah Korea Selatan

SAYA yang masih bercuti di Seoul, Korea Selatan kini terpanggil untuk berkongsi cara rakyat Korea mempertahan serta menyemarakkan semangat kenegaraan kepada pelancong luar negara.
Apa yang saya perhatikan, coretan sejarah berbentuk gambar dipaparkan di dataran terbuka di Seoul untuk dikongsi bersama dengan generasi muda serta pelancong dari luar negara.
Urutan cerita semasa perang yang diketuai oleh tentera dan orang awam Korea dipamerkan di dataran terbuka serta dianimasikan dalam bentuk tayangan 4D kepada pelancong luar negara.
Oleh itu, saya syorkan cebisan sejarah menentang tentera Portugis, Jepun dan Komunis sehingga kemerdekaan terbentuknya negara Malaysia perlu dipaparkan di lokasi strategik seperti di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan sebagainya.
Secara tidak langsung pelancong luar negara dan rombongan dari sekolah serta kolej dapat menatapi sejarah sambil melalui jalan raya yang menempuhi liku-liku peperangan dan darurat.
Diharap inisiatif ini dapat dipelopori oleh bandar-bandar bertaraf bandar raya di Malaysia.