Sunday, August 22, 2010

SEMANGAT KEBANGSAAN SEMAKIN LUNTUR

Pengarang,

Saya dilahirkan pada 16.10.1957 iaitu beberapa bulan selepas merdeka amat kecewa kerana dalam pengamatan saya semangat kebangsaan dan cintakan negara semakin pudar dan luntur. Suasana menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan tidak dirasai seperti dahulu.

Tambahan pula, semangat kebangsaan dikalangan generasi tahun 50an dan 60an samada Melayu, Cina, India dan dari etik Sabah serta Sarawak semakin hilang dan tiada usaha-usaha meletakkan semangat ini di waktu kegemilangan lalu.

Ada dikalangan mereka "berpaling tadah" atau tidak memberi satu contoh yang baik kepada generasi masa kini. Maka terjadilah fahaman yang pelik dikalangan generasi kini seperti mempersendakan lagu Negara Ku, mengencam kepimpinan terdahulu, melupakan pengorbanan pejuang-pejuang pendamaian dan sebagainya.

Seolah-olah tunjang yang mengerakkan semangat kemerdekaan masa lalu hilang tanpa pengganti. Tiada pelapis dikalangan generasi muda seperti yang berlaku di Jepun, Korea dan sebagainya.

Oleh itu, saya syorkan kerajaan samada pemerintah atau pengbangkang perlu mengambil berat diatas ketirusan semangat kebangsaan sekiranya negara ini ingin mempunyai satu identiti 1Malaysia.

Program-program diperingkat sekolah Rendah dan Menengah semakin hari semakin lupus apatah lagi diperingkat kolej dan universiti.

Saya berpendapat, satu modul yang berkesan dan pendekatan yang baru perlu diperkenalkan diperingkat sekolah, kolej, universiti serta sektor awam dan korporat supaya semangat sayangkan negara berterusan dari generasi ke generasi.


TENGKU MAN
Pandan Indah