Thursday, September 30, 2010

KELUARGA USAHAWAN INDIA YANG HILANG PERLU MINTA MAAF KEPADA PIHAK POLIS ATAS DAKWAAN LIAR

Saudara Pengarang,

Dari laporan media, saya tertarik dengan laporan polis yang di buat oleh abang mangsa Dr Kasi Viswanathan pada 29 Mac 2010 berhubung penipuan yang didakwa dilakukan oleh “Polis Bukit Aman” yang meminta sejumlah bayaran bagi membebaskan usahawan India Allal Kanthan Muthuraja.

Laporan awal tersebut seolah olah mengambarkan amalan rasuah dikalangan pihak berkuasa Malaysia dan secara tidak langsung memberi gambaran tahap profession polis Malaysia. Malah keluarga mereka mendakwa, pihak polis tidak membuat siasatan terperinci kerana ianya membabitkan warga polis.

Apabila kes kehilangan Sosilawati terbongkar pada sekitar Sept 2010 dan dalam soal siasat polis dapat mengaitkan usahawan India tersebut disyaki mati dibunuh yang ada kaitan dengan perniagaan, isteri Allal iaitu Usharani telah membuat laporan polis mengenai “kehilangan” suami beliau . Laporan kedua ini dibuat setelah enam bulan selepas laporan pertama yang dibuat oleh abang mangsa.

Persoalanya disini, kenapa begitu mudah sesaorang bersikap “bias” kepada pihak berkuasa sedangkan siasatan dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat oleh mereka sendiri ? Apakah sesaorang itu boleh didakwa kerana jika terbukti laporan awal mereka bersifat fitnah dan niat jahat?

Oleh itu, saya sarankan undang-undang yang sedia ada perlu dikuatkuasakan bagi membendung laporan yang berat sebelah dan “mencacatkan” siasatan pihak berwajib. Dengan penguatkuasaan akta yang sedia ada atau perlu diperkukuhkan, “pembelit-pembelit” ini tidak sewenang-wenangnya berhujah dengan memperlekehkan undang-undang di mahkamah.

TENGKU MAN
Pandan Indah

Friday, September 24, 2010

SIKAP "PREJUDICE" PEGUAMBELA BOLEH MENGANCAM KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN

Pengarang,

Dari pengamatan saya dalam keputusan perbicaraan di Malaysia, sesaorang tertuduh kebiasaannya dijatuhkan hukuman apabila niat jahatnya telah dilaksanakan dengan bukti-bukti nyata dan tiada wujud keraguan manusabah. Sekiranya, wujud keraguan, maka kebiasaannya tertuduh dilepaskan walaupun ada kebarangkalian tertuduh boleh memenuhi hajat mereka selepas dibebaskan.

Pola sebegini tidak sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dimana baru-baru ini seorang saintis warga Pakistan yang didakwa “merancang” pembunuhan tentera AS di Afganistan telah dijatuh hukuman penjara selama 86 tahun sedangkan tiada bukti pembunuhan berlaku.

Dari senario di atas, saya perhatikan bahawa perlaksanaan undang-undang setiap negara berbeda dimana dalam hal AS, mereka tidak berkompromi dalam hal niat rancangan jahat sedangkan di Malaysia pengunaan undang-undang yang sama boleh membebaskan sesaorang itu walaupun terdapat bukti-bukti mengaitkan tertuduh dengan “kebijaksanaan” peguambela berhujah.

Oleh itu, saya berharap dalam hal-hal pembunuhan kejam seperti yang berlaku ketika kini, pihak berkewajiban perlu menekankan perlakuan kejam mendapat hukuman melebih dari hukuman kes saintis warga Pakistan ini dan tidak sekali-kali mereka terlepas dari hukuman setimpal dengan perbuatan mereka walaupun peguambela berhujah melampau kebijaksanaannya.


TENGKU MAN
Pandan Indah

Wednesday, September 22, 2010

DERA PEMBANTU ASING : KENAPA PEMBANTU RUMAH INDONESIA MENJADI SASARAN?

Pengarang,

Dari laporan laporan media, saya perhatikan pola penderaan yang dilakukan oleh majikan adalah dikalangan pembantu rumah berasal dari Indonesia yang mempunyai perwatakan sama dengan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam. Majikannya pula adalah terdiri dari orang bukan perwatakan Melayu atau bukan beragama Islam.

Ironiknya, agak jarang sekali media melapurkan majikan mendera pembantu rumah dari Filipina yang majoritinya beragama Kristian. Persoalannya, apakah ini berlaku secara kebetulan atau ada “bias” dalam membuat tindakkan mengikut emosi? Apakah lumrah manusia begitu atau mempunyai niat jahat di atas kelembutan pembantu rumah perwatakan Melayu?

Hujah saya di sini bukan bersifat “racist” seperti yang acapkali dituduh oleh bukan Melayu tetapi melalui statistik yang di lapuran samada dari media cetak dan elektronik, ternyata ada kebenaran dan boleh di buat hipotesis bagi mencari titik persamaan dan kejurangan dalam mencari pola pola kehidupan harmoni.

Oleh itu, saya syorkan satu kajian mendalam perlu dilaksanakan mengenalpasti tingkah laku majikan yang berbeda agama dan bangsa mengajikan pembantu rumah berlainan sifat, agama dan budayanya.

Jika terbukti bahawa ada asasnya pembantu rumah berwajahkan Melayu tidak serasi dengan majikan berketurunan Cina dan India yang berlainan agama, maka satu garis panduan membawa pembantu rumah warga asing perlu di terbitkan dan di laksanakan bagi mengurangkan kes dera oleh yang majikan berlain sifat, agama dan budayanya.

Bagi saya, saya lebih berminat jika pembantu rumah beragama Islam “di keluargakan” dengan keluarga Islam dan pembantu rumah yang bukan beragama Islam di gajikan dengan keluarga bukan Islam. Dengan cara sebegini, sensitif keagamaan, kebangsaan dan ketegangan antara masyarakat Islam di nusantara ini dengan majikan yang bukan beragama Islam dapat dibendung. Malah pembantu rumah ini dapat mendalami pegangan agamanya dan mampu berdikari disatu masa nanti.


TENGKU MAN
Pandan Indah

Monday, September 20, 2010

SYOR KEPADA PEGUAM PERLU MELALUI UJIAN TAHAP KEWARASAN SEBELUM MAHKAMAH BERSIDANG

Pengarang,

Apabila wujud keraguan kepada tertuduh dalam bicara sesuatu kes dan sebelum mahkamah membuat keputusan, kebiasaannya tertuduh diminta menjalani peperiksaan atau rawatan psikiatri untuk mencari tahap kewarasan. Begitu juga ujian tahap alkohol terhadap peserta sukan bagi mempastikan peserta tidak dipengaruhi bahan terlarang semasa bertanding.

Maka kaedah ini boleh dijadikan panduan dalam mempastikan setiap peguam pula yang berhujah dimahkamah mempunyai kewarasan manusia “normal” tanpa dipengaruhi atau dirangsang oleh bahan-bahan terlarang.

Pada hemat saya, adakalanya hujah dan lontaran oleh peguam semasa mahkamah bersidang seolah-olah melangkaui tahap normal manusia biasa berfikir.Bagi mempastikan mereka berhujah dengan kewarasan dan rasional, dicadangkan semua peguam samaada penguambela atau pendakwaraya perlu menjalani tahap kewarasan seperti peperiksaan tahap kandungan alkohol sebelum atau selepas perbicaraan.


TENGKU MAN
Pandan Indah

Saturday, September 18, 2010

SYOR ADAKAN BADAN PEMANTAU ANUGERAH GELARAN BAGI MENGELAKKAN PENIPUAN DAN MENYALAHGUNAKAN

Pengarang,

Rata-rata masyarakat Malaysia sejak zaman 60an amat menghormati apa jua gelaran yang diberi oleh masyarakat, ketua kerajaan dan sebagainya. Dari gelaran cikgu hinggalah pangkat Dato', Datuk, Tan Sri dan sebagainya sebagai penghormatan di atas jasa mereka dengan masyarakat setempat.

Bagaimanapun, pada era zaman mencari kekayaan pada hari ini, sebahagian dari penerima diajak bersama mengunakan gelaran mereka bagi memudahkan proses mendapatkan perniagaan.

Barangkali, tiada apa perlu yang dicemburi tetapi apabila ada di antara manusia yang hidup dalam persekitaran penipuan, maka gelaran demi gelaran setiap tahun sudah tidak boleh dikawal kesahihan serta rasional penerimaan anugerah tersebut. Maka kewujudan gelaran gelaran tersebut semakin kusut dan celaru oleh mata rakyat jelata.

Bagi mengelakkan salah guna gelaran samaada oleh diri mereka sendiri atau kroni-kroni mereka, adalah disyorkan satu badan pemantauan di wujudkan dengan memberi maklumat secara "online" diwebsite yang dikhususkan untuk keperluan umum bagi mempastikan kesahihan individu tersebut. Dengan adanya maklumat ini, setiap orang yang berurus dengan individu yang kononnya berpengaruh dapat dikekang dan dimaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ia adalah palsu dan penyamaran.

Maklumat-maklumat mengenai kesahihan ini amat diperlukan kerana sikap majoriti masyarakat Malaysia sehingga terlalu menghormati dan mempercayai individu yang mempunyai gelaran. Oleh itu, dengan adanya sistem maklumat terkini, masyarakat dapat membuat penilaian atau "check and balance" kewujudkan individu samada bergelar Doktor (Dr.), Datuk dan sebagainya.

TENGKU MAN
Pandan Indah

Monday, September 13, 2010

SYOR KEPADA KERAJAAN ELAK PIHAK BERKEPENTINGAN MENGUNAKAN SAMAN EKOR SEBAGAI MODAL POLITIK.

Saudara Pengarang,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan menimbang semula rungutan rakyat yang dikenakan saman ekor. Begitu juga, kepada parti politik atau NGO yang mewakili orang ramai dalam melontarkan idea - idea dari pelbagai perspektif.

Apa yang penting kini adalah pihak berkuasa samada Polis atau JPJ hendaklah membekukan semua saman ekor supaya para penguna jalanraya dapat memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kedua, pihak Polis menyemak kembali bukti bukti pengiriman saman-saman kepada pemilik kenderaan. Jika terbukti pengiriman telah dibuat maka tindakan selanjutnya boleh dikuatkuasakan. Jika tiada pembuktian saman-saman tersebut pernah dikirimkan melalui pos atau sebaginya kepada pemilik mengikut alamat terkini maka golongan ini perlu dimaklumkan segera dengan bukti-bukti yang boleh menyokong saman tersebut.

Apabila perkara asas seperti diatas telah disempurnakan dengan teliti, pihak polis perlu bersedia untuk berdepan dengan pemilik-pemilik kenderaan dimahkamah. Umum mengetahui bahawa beberapa kes saman antaranya "Lim Yaw Chiang lawan JPJ" pernah didengar dan diputuskan oleh mahkamah pada tahun 2009. Jadi, bagi menjaga intergriti pihak berkuasa dicabar oleh rakyat sendiri tindakkan kontrovesi perlu dibendung supaya rakyat sentiasa menghormati pihak berkuasa dalam menjalankan tugas.

Saya pernah mengalami nombor kenderaan saya di senarai hitamkan pada tahun ini kerana kononnya membawa kenderaan melebihi had laju lebuhraya KL- Kuantan berhampiran Maran pada tahun 2008 tanpa notis saman disampaikan samada tahun 2008, 2009 dan sehinggalah hendak memperbaharui cukai jalan pada tahun ini 2010. Bagi mengelak kesalahan berganda saya menjelaskan saman tersebut (dengan protes) sebanyak RO300.00 tanpa diberi peluang diskaun.

Diharap syor ini dapat di ambil kira supaya tiada pihak pihak lain mengunakan isu ini sebagai modal politik yang mudah dan mempunyai asas kukuh.


TENGKU MAN
Pandan Indah

SYOR TANGANI JENAYAH PROFESIONAL

Pengarang,

Sejak sedekat lalu saya perhatikan jenayah dikalangan profesional semakin meningkat terutama "trend" beberapa pegamal undang-undang yang mempunyai kepentingan dalam perniagaan mencari kelemahan undang-undang untuk kepentingan diri sendiri. Mereka nampaknya tidak peka mendukong etika profesional masing demi mengejar harta benda dan kepuasan. Maka terjadilah kes penipuan dan pembunuhan dikalangan rakyat jelata.

Dikalangan mereka ada yang bijaksana berhujah mengenepikan "statement of fact" sebagai bahan bukti dengan mengujudkan "statement of doubt" iaitu keraguan supaya penghakiman tidak dapat dibuat dengan secepat mungkin. Oleh itu, terlepaslah mereka dari hukuman dan semakin hari semakin berani mencetuskan ugutan dan sebagainya.

Baik pihak penguatkuasa, pendakwa malah kewibawaan hakim menjalankan proses undang-undang semakin hilang fokus dalam membicarakan sesuatu kes dan memakan masa yang lama.

Saya syorkan persatuan atau badan badan yang mewakili profesion ini perlu membuat pemantauan dikalangan ahli mereka dan mereka yang disyaki perlu dirujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakkan segera. Perbuatan yang membahayakan orang awam samada ahli perniagaan atau sebagainya perlu dibendung terus dan bukannya menunggu satu lagi bahan bukti yang menuntut kehilangan nyawa dan harta awam untuk dheret kemahkamah.

Jika ada undang-undang yang sesuai membenteras perlakuan ini seperti ala ISA , saya menyokong dikalangan mereka yang dianggap bahaya kepada orang awam " disimpan " sehingga pihak berkewajipan berpuas hati niat dan perangainya tidak akan melaksanakan kerja jahat mereka.


TENGKU MAN
Pandan Indah

SYOR ADAKAN AKTA MIRIP ISA UNTUK PENCETUS KETEGANGAN KAUM

Pengarang,



Saya menyokong kenyataan Perdana Menteri kita mengenai sebilangan rakyat dengan segaja mengunakan isu perkauman sebagai PELAMPAU kononnya ingin menarik minat orang ramai tanpa melihat implikasi buruk yang menjejaskan keharmonian pelbagai kaum.



Berdasarkan perlakuan yang jahat ini, saya syorkan mereka ini dihumbankan kedalam pusat ala ISA di Kemunting bagi mengelak kaum yang dihina tidak menjadi agresif dan membendung situasi menyerang kaum lain.



Oleh kerana tujuan ISA masa kini adalah untuk orang yang disyaki subvesif dan tidak sesuai untuk pelaku-pelaku ini, maka satu rang undang-undang dan akta lain perlu diwujudkan bagi "menyimpan"pelampau ini yang bakal merosakkan keharmonian dan keamanan antara kaum masa kini.



Mereka ini agak licik menafikan sesuatu niat kerana undang-undang memerlukan pembuktian dari segi "niat" sebelum dibawa untuk pengadilan. Jika pihak berkuasa berterusan mengunakan undang-undang sedia ada, peluang untuk dihukum adalah tipis dan matlamat untuk meredakan isu perkaum tidak akan tercapai.



Oleh itu, akta untuk pelampau kaum ini perlu diwujudkan dimasa kini kerana mereka dilihat tidak henti henti membuat provokasi yang merbahaya. Dengan adanya kuasa ini, pihak berkuasa boleh menahan pelampau ini tanpa dibicarakan pada jangka masa tertentu sehingga keadaan reda. Diharap "Hukum Simpan" ini akan menjadi pengajaran dan menyedarkan mereka implikasi buruk jika berterusan memutar belit isu dan menyemarakkan anti perkauman.




TENGKU MAN
Pandan Indah

Saturday, September 4, 2010

SYOR UNDANG UNDANG MIRIP ISA MENYIMPAN PELAMPAU PERKAUMAN

Pengarang,



Saya menyokong kenyataan Perdana Menteri kita mengenai sebilangan rakyat dengan segaja mengunakan isu perkauman sebagai PELAMPAU kononnya ingin menarik minat orang ramai tanpa melihat implikasi buruk yang menjejaskan keharmonian pelbagai kaum.



Berdasarkan perlakuan yang jahat ini, saya syorkan mereka ini dihumbankan kedalam pusat ala ISA di Kemunting bagi mengelak kaum yang dihina tidak menjadi agresif dan membendung situasi menyerang kaum lain.



Oleh kerana tujuan ISA masa kini adalah untuk orang yang disyaki subvesif dan tidak sesuai untuk pelaku-pelaku ini, maka satu rang undang-undang dan akta lain perlu diwujudkan bagi "menyimpan"pelampau ini yang bakal merosakkan keharmonian dan keamanan antara kaum masa kini.



Mereka ini agak licik menafikan sesuatu niat kerana undang-undang memerlukan pembuktian dari segi "niat" sebelum dibawa untuk pengadilan. Jika pihak berkuasa berterusan mengunakan undang-undang sedia ada, peluang untuk dihukum adalah tipis dan matlamat untuk meredakan isu perkaum tidak akan tercapai.



Oleh itu, akta untuk pelampau kaum ini perlu diwujudkan dimasa kini kerana mereka dilihat tidak henti henti membuat provokasi yang merbahaya. Dengan adanya kuasa ini, pihak berkuasa boleh menahan pelampau ini tanpa dibicarakan pada jangka masa tertentu sehingga keadaan reda. Diharap "Hukum Simpan" ini akan menjadi pengajaran dan menyedarkan mereka implikasi buruk jika berterusan memutar belit isu dan menyemarakkan anti perkauman.




TENGKU MAN
Pandan Indah