Thursday, August 29, 2013

HUKUM INDIVIDU YANG PROVOKASI AGAMA

Kes cubaan menghina agama Islam serta mencabar kesabaran  umat Islam semakin bertali arus jika dibandingkan provokasi agama-agama lain di Malaysia.

Saya berpendapat sudah sampai satu peringkat dimana negara ini perlu tegas membuat akta pencegahan seperti waktu darurat menentang komunis dan peristiwa 13 Mei 1969 yang lalu. Jika waktu perang dizaman dahulu,  pencuri makanan boleh  dihukum bunuh sebagai satu isyarat pencegahan kebuluran rakyat lain.

Manusia yang tidak pernah melalui peristiwa hitam tidak akan mengerti keperitan peristiwa berdarah selagi mereka tidak diperingatkan dengan hukuman tanpa bicara.

Hukuman tanpa bicara ini amat sesuai dengan manusia yang tiada sifat sivil dalam penghidupannya. Oleh itu, wajarlah wajah-wajah ini dihukum secara tidak adil oleh  manusia bersifat sivil.

Mencari pembuktian mengikut undang-undang sekarang sudah tidak relevan pada situasi terkini. Konsep tidak bersalah selagi tidak dibicarakan dan diputuskan tidak menampakkan penurunan kes jenayah.

Malah pembebasan "penjenayah" yang kekurangan  bukti baru-baru ini menunjukkan peningkatan kes bunuh secara bebas.

Pendesak yang mahu pihak berkuasa membebaskan mereka serta menjuarai "penjenayah" ini hari ini terus membisu sembunyi tangan.

"Penjenayah" semakin  rangkus mencari dan membalas dendam kepada mereka yang  menyebelahi pihak memberi maklumat.

Jadi, apa kesudahannya jika tiada hukuman dibuat dengan serta merta? Adakah kita mahu menyalahkan pihak polis setiap perlakuan jenayah dan provokasi agama meningkat?

Bagi menyaksikan  kadar provokasi dan jenayah berkurangan adalah disyorkan "penghapusan" dibuat  dengan mengunakan perundangan primitif.

SEMAKIN SUKAR MEMPERTAHANKAN SEMANGAT PATROTIK

Saudara Pengarang,

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang lahir pada tahun Merdeka, agak terkilan di saat-saat meniti saki baki kehidupan, semangat patrotik sayangkan negara dikalangan rakyat Malaysia masa kini semakin pudar.

Adakah kelesuan ini satu strategi kaum yang membenci Islam dan ingin meyaksikan semangat orang Melayu dan Islam menjadi lemah di tanah air sendiri?

Itulah yang saya rasai keberangkalian semangat kebangsaan akan  lenyap untuk selama-lamanya.

Maka dengan itu, bermulalah penghijrahan orang asing yang dipolopori oleh rakyat pendatang dinegara ini menguasai corak pemerintahan, ekonomi dan sosial dinegara kita.

Saya belum nampak pendekatan terbaik dan praktikal jangka panjang dari mana-mana pihak samada agensi kerajaan atau NGO melahirkan generasi yang secara sukarela sanggup mempertahankan negara, bangsa dan agama rasmi Islam.

Barangkali, 20 puluh tahun mendatang  bumi Malaysia ini akan dibanjiri  manusia yang tiada identiti dan hidup dalam alam kebebasan dimana majoritinya mengamalkan hidup bebas.

Semoga coretan ini menjadi permulaan untuk orang Islam di Malaysia mempastikan pemerintahan negara tercinta ini dipacu oleh orang Islam yang rasional dan berdidikasi.

Monday, August 12, 2013

PERLANTIKKAN PENDAKWARAYA: KECELARUAN FIKIRAN MENGHANTUI PEMBANGKANG

Saya amat tertarik mengikuti proses perlantikkan pendakwa raya dalam kes rayuan  pendakwaan kes liwat baru-baru ini. Saya melihat dari perspektif tingkah laku manusia yang mempunyai pelbagai imaginasi.
 
Apabila sesaorang manusia itu melakukan imaginasi melampau maka terbitlah  khayalan  buruk yang tidak memihak kepadanya. Maka dirumuskan sesuatu tindakkan oleh pihak lain itu "bias" dan meragukan. Ini adalah mainan persepsi yang ada dalam setiap manusia.
 
Bagi saya, perlakuan ini sengaja diransang dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan pembelaan walaupun mereka tahu dalam profesion sebagai peguam, mereka perlu bersikap professional dan beretika.
 
Dengan hanya meletakkan nilai intergriti dalam diri sendiri sahaja membolehkan sesaorang itu bersikap profesional dan menterjemahkannya sebagai peguam yang berwibawa.
 
Oleh itu, apa jua perlantikkan yang telah diputuskan oleh sebuah badan yang dihormati (bukan keputusan individu), sesaorang itu tersebut tidak perlu melatah. Biarkan proses rayuan itu diteruskan dan kita lihat bagaimana hujah dan fakta dapat membuktikan bahawa perlantikkan sesaorang pendakwa raya atau pun peguam cara  dibuat untuk mencari keadilan sebagai tunjang prinsip yang didokongi.
 
 
TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur

Minta komuter Sungai Gadut-KL Sentral tak banyak berhenti

SAYA adalah pelanggan tetap perkhidmatan komuter Sungai Gadut-KL Sentral setiap hari kerja.
Perjalanan saya antara Sungai Gadut-KL Sentral mengambil masa satu setengah jam. Tempoh masa tersebut tidak termasuk perjalanan sehingga ke pejabat saya di KLCC dengan perkhidmatan LRT yang pada keseluruhannya mengambil masa dua jam.
Adalah besar harapan saya dan juga barangkali pengguna lain sekiranya pihak KTM memendekkan tempoh perjalanan dengan memperkenalkan perkhidmatan komuter berhenti hanya di stesen-stesen yang terpilih dan beroperasi di waktu tertentu sahaja.
Pada masa ini, komuter tersebut berhenti di setiap stesen antara Sungai Gadut dengan KL Sentral. Ini melambatkan perjalanan bagi pengguna yang naik dari stesen terawal.
Saya percaya pihak KTM mempunyai perancangan perkhidmatan yang lebih efisen dan efektif apabila projek landasan berkembar Sungai Gadut-Gemas siap seperti memperkenalkan perkhidmatan ETS KL Sentral-Gemas.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah perkhidmatan yang praktikal untuk memenuhi pola penggunaan perkhidmatan komuter masa kini dari Seremban.
Dengan perhkidmatan awam yang berdaya maju, saya percaya lebih ramai warga kota akan memilih untuk tinggal di luar Kuala Lumpur terutama di sebelah selatan tanah air.

SYOR KOMUTER "SEMI EXPRESS" ANTARA SG GADUT-KL SENTRAL-SG GADUT

Saya adalah pelanggan tetap perkhidmatan komuter Sg Gadut - KL Sentral setiap hari kerja. Perjalanan saya antara Sg Gadut - KL Sentral mengambil masa satu setengah jam. Tempoh masa tersebut tidak termasuk perjalanan sehingga kepejabat saya di KLCC dengan perkhidmatan LRT yang pada keseluruhannya mengambil masa 2 jam.
 
Adalah besar harapan saya dan juga barangkali pengguna lain sekiranya pihak KTM memendikkan  tempoh perjalanan dengan memperkenalkan perkhidmatan komuter  berhenti hanya di stesen-stesen yang  terpilih  dan beroperasi diwaktu tertentu sahaja. Pada masa ini, komuter tersebut berhenti disetiap stesen antara Sg Gadut dengan KL Sentral dan ini melambatkan perjalanan bagi pengguna yang naik dari stesen terawal.
 
Saya percaya pihak KTM mempunyai perancangan perkhidmatan yang lebih efisen dan efektif apabila  projek landasan berkembar Sg Gadut - Gemas siap seperti memperkenalkan perkhidmatan ETS KL Sentral-Gemas, dan apa yang ingin saya sampaikan disini ialah perkhidmatan yang praktikal  untuk memenuhi pola  penggunaan perkhidmatan komuter masa kini dari Seremban.
 
Dengan perhkidmatan awam yang berdaya maju, saya percaya lebih ramai warga kota akan memilih  untuk tinggal di luar Kuala Lumpur terutama di sebelah selatan tanah air.
 
 
TENGKU MAN
Taman Tuanku Jaafar, Senawang.