Thursday, May 23, 2013

SYOR PEMBAYARAN BERGANDA KEPADA BEKAS YB DAN YB BERKHIDMAT DIMANSUHKAN.

Didalam Malaysiakini baru-baru  ini menyebut bahawa pengerusi DAP Karpal Singh ingin  perlembagaan persekutuan dipinda bagi memasuhkan Dewan Negara.

Kononnya, tiada perlu Dewan Negara kerana ia adalah perbelanjaan yang tidak perlu untuk ditanggung rakyat. 
Jika itulah hujahnya, bukankah pembayaran bulanan yang dibayar oleh kerajaan kepada "para pencen wakil rakyat dan ahli parlimen" termasuk saudara Karpal Singh yang masih berkhidmat bertindih sejak berzaman dahulu itu bukan wang rakyat?
Jadi, saya syorkan bahawa semua YB dan bekas YB yang menerima pembayaran dari kerajaan perlu menerima satu pembayaran setiap bulan untuk "pencen YB" yang mereka layak.
Maka dengan itu wahai YB dan bekas YB hanya pilih satu samada mereka  memilih "pencen" wakil rakyat atau sebagai ahli parlimen.
Apa yang saya difahamkan, jumlah terkumpul YB menerima wang pencen setiap bulan secara berganda semakin meningkat kerana "trend" memegang banyak jawatan politik memberi imbuhan yang banyak. 
Mengikut peraturan sehingga kini, sesiapa yang menjawat jawatan YB selama dua penggal akan menerima "pencen" setiap bulan mengikut jumlah jawatan - jawatan yang dipegang dan bukan "one to one basis".
Bayangkan antara mereka yang pernah menjadi wakil rakyat disesuatu kawasan selama dua penggal dan beralih ke kawasan baru selama dua penggal lagi serta menjadi ahli parlimen dikawasan lain selama dua penggal.
Sudah tentu mereka ini mewah dengan pencen dari wang rakyat dan  ia juga satu pembaziran seperti yang di difinasikan oleh saudara Karpal Singh.
Diharap usul pemansuhan "pencen berganda" ini  perlu di bahas bersama usul pemasuhan perlantikkan ahli Dewan Negara supaya ia menjurus kepada kepentingan rakyat dan bukan memberi komen berdasarkan kepentingan politik mereka.

AKIBAT FATWA SONGSANG, KENA BATANG HIDUNG SENDIRI.

Saya ingin mengingati diri saya sendiri dan masyarakat lain bahawa sebagai seorang manusia yang mempunyai nafsu perjalanan hidup kita tidak semudah apa yang kita warwarkan pada umum.

Perjalanan hidup sebagai manusia sebenarnya tidak konsisten kerana nafsu akan mengajak kita untuk berseronok dalam masa kita memperjuangkan prinsip asasi dan agama.

Oleh itu, wahai manusia bila berpolitik berhati-hatilah kerana ketika  nafsu belum memuncak, rasional kita amat baik. Sebaliknya bila sudah keletihan, nafsu kita akan mengajak untuk berfoya mencari kesegaran. 

Jadi, manusia tidak boleh lari dari hukum ini samada mereka berilmu atau tidak berilmu.