Thursday, March 18, 2010

TAFSIRAN HAIWAN LEMBU DARI PERSPEKTIF PELBAGAI KETURUNAN DAN BUDAYA.

Saudara Pengarang,

Saya melihat haiwan lembu dari kaca mata semasa saya tinggal dikampung Melayu 30 tahun yang lalu. Haiwan ini adalah haiwan pelihaharaan orang Melayu untuk disembelih menjadi makanan harian serta bermusim seperti majlis khenduri kahwin dan sebagainya. Begitu juga, haiwan lembu digunakan oleh pengusaha lembu untuk menarik penumpang dan barangan. Pelanggannya samada semasa khenduri atau penumpang adalah terdiri dari pelbagai kaum termasuk keturunan India.

Hakikatnya, tiada seorang pun dari rakyat jelita membuat lapuran polis diatas “pengianaya” haiwan ini disembelih dan ditunggang. Jika ada pun, adalah kes curi lembu dimana kepala lembu ditinggalkan dimerata tempat termasuklah di ladang, sawah atau pergi buta.
Tetapi pada masa kini, sudah ada golongan memberitahu bahawa haiwan itu adalah suci dari perspektif agamanya.

Jika itu lumrahnya, apakah kerajaan terpaksa mencadangkan undang-undang diadakan bahawa haiwan ini tidak boleh disembelih , ditunggang atau “didera”? . Sedangkan dari sudut budaya kaum Cina yang saya ketahui, semua haiwan yang belakangnya menghadap langit adalah “halal” dimakan.

Jika dihadkan sumber keperluan makanan ini maka kerajaan dan mahkamah terpaksa mencari jalan mengimbangi bekalan daging untuk manusia yang perlu makanan daging sejak zaman kuno. Saya pernah ke Mynmar dimana majoriti penduduknya beragama Budha / Hindu. Mereka memelihara lembu sebagai haiwan suci dan dalam masa yang sama membantu mereka semasa membajak sawah. Setelah haiwan ini uzur, mereka merelakan haiwan yang dianggap suci itu dijual untuk mendapatkan wang. Maka sudah tentulah haiwan itu disembelih atau diseludup ke Siam atau Malaysia.

Jadi, putaran kehidupan haiwan lembu ini sememangnya telah ditakdirkan mati samada disembelih atau sakit. Maka, apa sensitifnya jika kita sebagai manusia sejagat yang pelbagai keturunan,agama dan budaya mengetahui bahawa kehidupan akan berakhir dengan kematian?
Bagaimana pula bila mana kita melihat kematian manusia yang disembilih , didera dan sebagainya seperti yang berlaku di Bosnia tetapi tidak dibicarakan dengan lebih tulus dan bersungguh-sungguh? Mengapa tidak kita beramai ramai tidak mengira bangsa dan keturunan membuat protes dan mengheret manusia pembunuh tersebut? Kenapa perbicaraan diadakan kepada kolompok kecil yang tidak bersifat global ?

Pada kesimpulannya, isu membawa kelompok kecil kepengadilan untuk memenuhi kehendak sesuatu kaum sahaja adalah bersifat “silo” dan penguatkuasaannya serta penerimaan oleh masyarakat dunia tidak secara total dan menyeluruh.


TENGKU MAN
Kuala Lumpur

APABILA SEKUMPULAN BANGSA INDONESIA HILANG KEWARASAN

Saudara Pengarang,

Kelmarin saya menonton TV tempatan mengenai kumpulan Ganyang Malaysia oleh sekumpulan rakyat Indonesia di Jakarta. Mereka membakar dokumen yang mempaparkan bendera Malaysia sebagi tanda protes. Malah, telah bersedia untuk menyerang negara Malaysia di atas tiket kononnya orang Malaysia telah menuntut sebahagian budaya Indonesia sebagai budaya Malaysia.

Apa juga alasan kumpulan ini, saya sungguh keliru dimanakah perasaan mereka yang rakyat sebangsa dengan mereka malah barangkali seagama dengan mereka sedang trauma dan sedang mencari anggota keluarga yang hilang diPadang, Sumatra disebabkan bencana gempa bumi.

Yang jelas, kumpulan ini langsung hilang nilai kemanusiaan dan pertimbangan dimana manusia berhati mulia dan serumpun dengan mereka sedang menjejaki dan memberi bantuan dinegara mereka sendiri.

Pada pendapat saya, kumpulan Ganyang inilah sepatutnya kumpulan pertama memberi bantuan sesama bangsa mereka samada dari fizikal, makanan, kain selimut dan sebagainya bagi meringankan derita penduduk di Padang. Tetapi amat malang, binatang yang bertopeng manusia ini tetap meneruskan provokasi dijalanan Jakarta dan kedutaan Malaysia mengencam Malaysia kononya demi menyuburkan sistem demokrasi.

Barangkali jika kerajaan dan rakyat Malaysia berfikiran sempit, sudah tentu tiada relevannya kerajaan, NGO dan rakyat Malaysia sanggup bersusah payah menghantar bekalan, anggota perubatan dan keselamatan bagi membantu makluk tuhan tanpa memikirkan sempadan.

Saya harap rakyat dan kerajaan Indonesia perlu menyedarkan golongan nasionalis mereka ini betapa bertuahnya rakyat mereka di Malaysia dilempahi rezeki di Malaysia untuk "membesarkan" sebahagian rakyat jalanan Indonesia yang kesempitan di Indonesia.

Malangnya, barangkali kumpulan manusia tegar ini yang "disudukan" dari seberang sini punyai kecacatan mental dan perasaan serta sentiasa memusuhi manusia walaupun ia sebangsa, sedarjat dan tanpa menyedari rakyat malaysia sentiasa "menyusui" mereka dari kelaparan.


TENGKU MAN
Pandan Indah

PUBLIC BANK ENGGAN MENERIMA MATAWANG MALAYSIA

Pengarang,

Hari ini saya mengalami kejutan apabila sebuah bank di Pandan Indah ( Public Bank ) enggan menerima matawang Malaysia untuk bayaran ansuran satu ( 1 ) bulan untuk kereta saya yang tertunggak ansuran sebanyak dua (2) bulan. Alasannya, mereka mahukan semua ansuran ( 2 bulan ) yang tertunggak dijelaskan sebagai pra syarat menerima wang tunai tersebut sedangkan saya pada waktu itu saya kekurangan aliran tunai untuk membuat bayaran sepenuhnya. Sebagai makluman, ansuran bulanan adalah sebanyak RM290.00 sahaja.

Bagi pendapat saya, ada dua (2) perkara perlu mendapat perhatian komuniti dalam hal ini.

1. Pihak bank telah melanggar akta bank negara kerana enggan menerima matawang Malaysia.

2. Pihak bank cuba mengkhianati pengguna supaya mereka dapat menarik kereta dan secara tidak langsung mengandakan keuntungan.

3. Kemungkinan ada pihak dari dalam bank mempunyai kepentingan dengan penarik kereta.


Oleh itu, saya sarankan pihak Bank Negara dan Gabungan Persatuan Pengguna perlu menyiasat perlakuan biadap ini supaya pengguna lain tidak menjadi mangsa pihak korporat yang tidak beretika ini.


TENGKU MAN
Pandan Indah

PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK BAYARAN BIL AIR, ELEKTRIK DAN BEKALAN UBATAN UNTUK MASYARAKAT TUA DIKAMPUNG.

Pengarang,

Semasa saya balik kampung di mukim Gemencheh, saya teruja dengan kepayahan warga tua untuk bergerak membayar bil-bil api, air dan mendapat bekalan ubatan di klinik kesihatan kerajaan. Rata-rata warga tua ini amat takut jika tindakkan pemotongan air dan api jika bayaran tidak dibuat sebelum atau hari terakhir bayaran. Secara tidak langsung,mereka ini adalah warga-warga setia dan ikhlas untuk membayar hutang-hutang kepada pihak-pihak berkenaan. Jika ada pun pembantu mereka samada anak atau saudara mereka tinggal bersama dikampung, saya perhatikan mereka ini akan membawa orang tuanya menaiki bas atau teksi demi keselamatan tinggal bersaorangan dirumah.

Oleh itu, saya sarankan khidmatan kaunter bergerak yang pernah Kerajaan Perikatan/BN laksanakan dahulu dikampung-kampung bagi bayaran bil-bil dan perubatan warga tua perlu diteruskan demi keselamatan dan komitmen kerajaan yang peka dengan kesulitan warga tua dikampung.

Dengan perkhimatan kaunter bergerak dua kali dalam sebulan, sudah tentu warga tua dikampung-kampung dapat menunaikan tanggungjawab sebagai penguna yang setia. Bagi merealisasikan idea ini, pihak Bekalan Air dan TNB serta agensi kerajaan yang bertanggungjawab dapat bergabung sebagi satu tanggungjawab sosial dan korporat kepada masyarakat umum. Diharap cadangan ini mendapat reaksi semua JKKK, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen disemua kawasan terpencil dimana penduduknya sebahagian besar adalah warga tua.

TENGKU MAN
Pandan Indah

SYOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN PASTIKAN PERUNTUKAN BELANJAWAN SAMPAI KEPADA GOLONGAN SASARAN.


Saudara Pengarang,

Apa yang dapat saya perhatikan dalam hal kritikan yuran tambahan oleh ibubapa adalah satu perkara kecil yang digunakan sebagai penyebab yang kemungkinan kegagalan Kementerian dan Jabatan Pendidikan mempengaruhi ibubapa bagaimana peruntukkan belanjawan setiap tahun dibelanjakan untuk sekolah anak-anak mereka. Barangkali mereka berpendapat setiap tahun pengumuman belanjawan yang semakin meningkat tidak menampakkan perubahan fizikal kepada kemudahan sekolah dan kurikulum.

Oleh itu, saya sarankan pegawai dari pihak Kementerian perlu turun padang melmpastikan peruntukan yang disalurkan sampai kepada pelajar-pelajar dan sekolah-sekolah anak-anak mereka. Ibubapa masa kini masih ternanti-nanti peruntukan yang diumumkan setiap hujung tahun tidak menampakkan kesan fizikal kepada warga sekolah dan kemudahan sekolah pula semakin usang dan uzur. Sebaliknya, yuran dan bayaran dari ibubapa seolah-olah menjadi kos tetap perbelanjaan kepada penyelengaraan sekolah, sukan dan sebagainya.

Saya percaya dengan mengadakan penerangan kepada ibubapa dan menunjukkan statistik perbelanjaan sebenar yang dinikmati oleh disekolah tersebut, isu meminta wang tambahan tidak menjadi rumit yang boleh memudharatkan sistem pengurusan dan pembelajaran negara kita.

TENGKU MAN
Pandan Indah.

BANGKITLAH ORANG MELAYU DEMI MASA DEPAN AGAMA MU KERANA TIADA TANAH MELAYU SELAIN DARI NEGARA INI.


Saudara Pengarang,

Empat tahun dahulu didalam ruangan yang sama, saya ada menulis berkenaan orang Melayu yang berhijrah dari perkampungan ke bandar besar terpaksa melupakan budaya kekampungan demi menjaga hati orang bandar. Atas desakkan situasi komuniti perbandaran yang rata-rata orang bukan Melayu, lantas orang Melayu lupa kehidupan positifnya yang rajin bangun pagi untuk menoreh, kebendang,menternak atau turun kelaut demi mengejar kehidupan cara moden. Ditambah pula, atas desakan komuniti ini, majlis atau dewan perbandaran membuat peraturan supaya masyarat kampung ini tidak menganggu keharmonian orang bandar . Maka secara tidak langsung, cara kehidupan orang Melayu berubah menjadi masyarakat menumpang, takut dan tertekan.

Pada masa yang sama, peraturan kehidupan orang bandar diatur mengikut undang-undang seperti mengeluarkan lesen memelihara anjing, membuka premis rumah urut dan sebagainya. Apapun, penguatkusaan undang-undang yang dibuat oleh pihak berkuasa kepada orang bandar sering dicabar dikemahkamah dan akhirnya kekurangan persediaan dari segi undang-undang, maka "tertewaslah" Dewan atau Majlis Perbandaran.


Bagaimana nasib orang Melayu bandar? Mereka tidak dibenarkan membawa ayam itik, lembu dan kambing atau sebagainya kerana kononnya menganggu orang bandar. Persoalannya, kenapa istilah binatang disepitkan atau dilesenkan dan tidak merangkumi aktiviti kegemaran orang Melayu?. Adakah memelihara ayam, itik dan lembu oleh orang Melayu tidak mempunyai nilai komersial?

Jika orang bukan Melayu yang suka berniaga dikaki lima pada waktu itu diberi naik taraf dengan merancakkan pembinaan dan membeli bangunan kedai secara sah, maka kenapa nilai kehidupan orang Melayu yang baik tidak diambil peduli malah terhapus secara perlahan-lahan diatas asakkan demi asakkan pada setiap generasi orang Melayu oleh orang bukan Melayu? Secara logiknya, pemeliharaan binatang ternakan dibandar memanglah tidak masuk akal tetapi perniagaan seperti "trading centre" atau premis / proses / pembungkusan masih relevant dengan perniagaan daging lembu,ayam,itik dan kambing. Oleh itu, budaya memelihara ternakan orang Melayu boleh diperkembangan jika kita sendiri mengisthiarkan " perang " bagi mendapatkan hak perniagaan yang mengikut hukum dan lunas agama kita.


Oleh itu, orang Melayu harus berani dan wujud dikala ini sebagai seorang Hang Jebat dan menentang apa jua rintangan yang boleh merosakkan kehidupan kita sebagai orang Melayu dan beragama Islam melalui kontrak sosial dan undang-undang yang termaktub didalam perlembagaan sebelum orang lain mendefinasikan mengikut lojik tanpa mendalami "spirit" atau semangat perlembagaan itu dibuat.


TENGKU MAN
Pandan Indah

WARTAWAN AKHBAR EDARAN PERCUMA TIDAK MENCERMINKAN TULISANNYA MEWAKILI MAJORITI WARGANEGARA DAN BUDAYA MALAYSIA.

Pengarang,

Pada pendapat saya kandungan akhbar harian edaran percuma yang kita perolehi setiap pagi di stesyen -stesyen LRT dan bangunan pejabat tidak mencerminkan situasi dan mewakili sebahagian besar majoriti penduduk negara ini.

Tulisan yang majoritinya diwakili oleh sesuatu kaum dan agama serta pro-barat banyak memberi gambaran yang kurang tepat dari pemikiran majoriti warganegara Malaysia. Malah, tulisannya seolah-olah ingin membuat pembaharuan tanpa mengiri sensitiviti kaum dan agama lain.

Iklan-iklan arak sering terpapar seolah-olah mengamit semua orang menikmati minuman yang haram bagi sesuatu agama. Diharap pihak tertentu perlu memantau kandungan, iklan dan tulisan yang berbau menghasut samada untuk jangka panjang maupun jangka pendik.



TENGKU MAN

Pandan Indah

MASALAH PENGANGKUTAN AWAM - SYOR LEBARKAN JARINGAN DAN MODENKAN PENGANGKUTAN AWAM BAGI MENARIK MINAT WARGA KOTA TINGGA JAUH DARI KOTA.


Saudara Pengarang,

Pada pengamatan saya, masalah pengangkutan awam di Lembah Klang telah sampai satu tahap yang kritikal kerana keselamatan pengguna tidak menjadi agenda atau pertimbangan utama oleh penguna, pengusaha dan pihak yang berkuasa. Seolah-olah ia seperti yang kita lihat di negara jiran seperti Indonesia dan juga India.

Tetapi ia tidak berlaku di negara Jepun yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen dan mudah digunakan oleh masyarakat Tokyo.

Oleh itu, saya syorkan kerajaan persekutuan dapat melihat kepadatan penduduk diLembah Klang menjadi satu titik tolak bagaimana struktur penduduk, aliran pengangkutan serta dan kemudahan lain dapat di rencanakan untuk 20 tahun akan datang.

Pertambahan koc LRT dan bas di Lembah Klang tidak boleh menyelesaikan masalah jangka panjang jika kepadatan penduduk Lembah Klang semakin bertambah tanpa dialirkan dipenempatan baru.

Jika kita melihat pengurusan kepadatan penduduk di Jepun, rata-rata masyarakat bekerja di Tokyo tinggal jauh dari bandar. Dengan sistem rel yang efisen, mereka berulang alik dari rumah ke tempat kerja dengan selesa dan tepat pada waktunya.

Oleh itu, saya sarankan kerajaan memodenkan dan melebarkan jarak pengangkutan awam seperti komputer, ERL atau apa jua pengangkutan yang memberi keselesaan penduduk untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Apa yang dapat saya syorkan, rangkaian sistem komuter ke selatan perlu dilebarkan sehingga ke Tampin dan Ipoh ( utara ) supaya dapat menarik minat warga kerja berulang alik dengan selesa, tepat waktunya dan manusabah masa perjalanan.

Saya percaya dengan tinggal jauh dari kota seperti di Seremban, Senawang, Tampin, Tanjung Malim, Ipoh dan sebagainya, warga kota dapat mengalami kehidupan suasana nyaman disepanjang Banjaran Titiwangsa yang membujur dari Utara ke Selatan.



TENGKU MAN
Taman Pandan Indah

SYOR KERAJAAN PUSAT MEMBERI PINJAMAN BUKU TEKS TINGKATAN 2 DAN 4 UNTUK CALUN PMR/SPM.


Pertamakali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat memberi pinjaman buku teks kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Seperti biasa, pelajar-pelajar perlu memulangkan sebelum akhir cuti penggal setiap tahun.

Ini bermakna, pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 tidak ada buku teks untuk rujukan bagi persediaan peperiksaan PMR dan SPM. Oleh itu, besar harapan saya dapat Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran menambah bilangan buku-buku teks Tingkatan 1 dan 2 serta buku-buku teks Tingkatan 4 untuk dipinjamkan kepada calun PMR dan SPM.

Diharap cadangan ini dapat maklumbalas dari pihak Kementerian dan juga ibubapa yang menyokong cadangan ini.

TENGKU MAN
Taman Pandan Indah

SYOR UTAMA PENGUATKUASAAN MENAHAN PEMANDU BAHAYA DIJALAN RAYA DARI MENAHAN KERETA PENUMBANG YANG TIDAK MEMAKAI TALIPINGGANG KELEDAR.


Tuan Pengarang,
Secara peribadi saya tidak yakin kejayaan mengurangkan bilangan kemalangan maut diatas penguatkuasaan agensi kerajaan menguatkuasa pemakaian talipinggang belakang untuk kereta penumpang kerana kemalangan maut banyak berpunya dari tingkah laku pemandu itu sendiri yang memandu laju dan membahayakan penguna jalanraya yang lain.

Oleh itu, saya syorkan pemandu yang dilihat memandu dalam keadaan bahaya kepada pengguna orang lain perlu ditahan dengan serta merta dengan mengarahkan kebalai polis berdekatan. Pengunaan kamera ditempat-tempat stratejik serta pemerhatian pihak polis perlu dijadikan bahan bukti mempertahankan dakwaan dimahkamah.

Untuk maklumat tuan, setiap kali saya memandu dilembuhraya Kuala Lumpur - Air Keroh ada saja pemandu memotong atau mengekori kenderaan lain terlalu hampir, salah dan bahaya yang mengakibatkan kemalangan yang kebarangkalian berturutan seperti pelanggaran belakang kereta-kereta lain. Pada kebiasaannya,saya menghubungi pihak PLUS untuk memantau pemandu kenderaan yang memandu dalam keadaan bahaya supaya ia dapat disalurkan kepada pihak berkuasa.

Saya amat berbangga sekiranya seluruh anggota penguatkuasa yang beria-ia hendak membuat operasi pengunaan tali pinggang belakang kereta di gembelingkan memerhati, memantau dan menahan pemandu-pemandu yang biadab ini.

TENGKU MAN
Taman Pandan Indah

Saturday, March 13, 2010

SYOR PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK BAYARAN BIL AIR, ELEKTRIK DAN BEKALAN UBATAN UNTUK MASYARAKAT TUA DIKAMPUNG.

Pengarang,

Semasa saya balik kampung di mukim Gemencheh, saya teruja dengan kepayahan warga tua untuk bergerak membayar bil-bil elektrik, air dan mendapat bekalan ubatan di klinik kesihatan kerajaan. Rata-rata warga tua ini amat takut jika tindakkan pemotongan elektrik dan api jika bayaran tidak dibuat sebelum atau hari terakhir bayaran.

Secara tidak langsung,mereka ini adalah warga-warga setia dan ikhlas untuk membayar hutang-hutang kepada pihak-pihak berkenaan. Jika ada pun pembantu mereka samada anak atau saudara mereka tinggal bersama dikampung, saya perhatikan mereka ini akan membawa orang tuanya menaiki bas atau teksi demi keselamatan tinggal bersaorangan dirumah.

Oleh itu, saya sarankan khidmatan kaunter bergerak yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan/BN laksanakan dahulu dikampung-kampung bagi bayaran bil-bil dan perubatan warga tua perlu diteruskan demi keselamatan dan komitmen kerajaan yang peka dengan kesulitan warga tua dikampung.

Dengan perkhimatan kaunter bergerak dua kali dalam sebulan, sudah tentu warga tua dikampung-kampung dapat menunaikan tanggungjawab sebagai penguna yang setia. Bagi merealisasikan idea ini, pihak Bekalan Air dan TNB serta agensi kerajaan yang bertanggungjawab dapat bergabung sebag ai satu tanggungjawab sosial dan korporat kepada masyarakat umum.

Diharap cadangan ini mendapat reaksi semua JKKK, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen disemua kawasan terpencil dimana penduduknya sebahagian besar adalah warga tua.


TENGKU MAN
Pandan Indah

PEMBURU BABI MENGANCAM KESELAMATAN PENDUDUK KAMPUNG GEDOK, GEMENCHEH.

Semasa percutian saya menyambut hari pertama tahun baru 2007 dikampung tersebut, saya dikejutkan dengan dentuman senapang serta salakan anjing dikawasan kebun berhampiran pinggir hutan. Pada ketika itu, saya dapati beberapa orang kampung dicelah-celah kebun sedang memetik sayur-sayuran, mencari kayu api dan ada yang sedang memperbaiki pagar kebun.

Saya difahamkan dentuman senapang dan salakan anjing itu adalah aktiviti mingguan pemburu babi yang masuk dikampung dan dipinggir hutan sejak bertahun-tahun yang lalu.
Samada mereka ini mempunyai permit atau anggota RELA dari perkampungan Cina berdekatan, bukan tugasan saya untuk menahan mereka tetapi saya mempersoalkan jaminan KESELAMATAN orang kampung yang sedang berkebun, menternak, menoreh getah dicelah-celah belukar kampung tersebut.

Sekiranya pemburu ini mendapat kebenaran oleh pihak-pihak berkewajipan, dimanakah pengawasan pihak berkuasa, JKK Kampung dalam menyelia aktiviti pemburuan ini supaya anak buah mereka tidak tertembak dari peluru yang bertaburan semasa mengejar binatang buruan mereka? Apa yang saya dapat perhatikan ketika itu, tiada pemantauan serta had-had tertentu demi menjaga keselamatan orang kampung serta ternakan mereka.

Diharap pihak-pihak yang berkewajipan dapat menyiasat perkara ini sebelum orang tua yang sedang berjalan jalan dikawasan kampung dan dipinggir hutan serta ternakan mereka menjadi mangsa buruan pemburu ini. Seperti kata pepatah, bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur. Elakkan tuduh menuduh setelah nyawa manusia melayang!

TENGKU MAN