Thursday, August 12, 2010

SYOR KUPAS DEFINASI AGAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Saudara Pengarang,

Dalam perhatian saya, ramai rakyat Malaysia terutama generasi kini gagal mengupas apa yang tersirat dalam Perlembagaan Malaysia mengenai skop penyebaran agama lain selain dari agama Islam iaitu agama rasmi negara Malaysia.

Barangkali pengamal-pengamal undang-undang rakyat Malaysia disatu ketika dahulu tidak berpeluang belajar matapelajaran sejarah Malaysia semasa dialam persekolahan di Malaysia maka mereka kini berfikiran terbuka dengan merujuk ideologi golongan ektrim yang ingin mengawal dunia.

Oleh itu, saya sarankan satu Jawatankuasa mengkaji "semangat" perlembagaan perlu ditubuhkan dan dianggotai oleh mereka yang terlibat dalam mendaraf perlembagaan dengan bukti sokongan yang sahih. Saya percaya mereka yang masih hidup terdiri dari pelbagai kaum dan agama boleh memberi sumbangan dan penjelasan bagaimana sesuatu perkara seperti hal agama dan perkauman di bincang, dipersetujui dan dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia ketika itu.

Dari pemahaman saya, sesuatu perkara yang tercatit dalam perlembagaan perlu dilihat dan dikaji mengikut suasana ketika itu. Dari pembacaan saya, semasa orang Melayu menuntut kemerdekaan dari pihak Inggeris (penjajah), pihak Inggeris mahukan jaminan bahawa tuan tanah Tanah Melayu ketika itu (Orang Melayu) perlu memberi kebebasan kepada penganut bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka dinegara ini.

Oleh itu, mereka perlu hidup dalam ruang lingkup yang diberi iaitu bebas mengamal agama masing-masing tanpa cuba mengembangkan agama mereka kepada agama lain terutama agama rasmi negara.

Sekiranya mereka faham apa yang tersirat dalam semangat perlembagaan tersebut, hal mengenai pengunaan perkataan "Allah" dan mendidik orang Islam kearah bertentangan dengan pendidikan Islam tidak menjadi topik yang boleh merisaukan orang Islam di Malaysia serta boleh mengugatkan kestabilan dan keselamatan negara.

Perkara ini perlu diperjelaskan dan diikuti memperuntukan undang-undang dengan jelas, serta tindakkan perundangan dimana keingkaran rakyat Malaysia menghormati perlembagaan perlu dihukum berat seperti dipenjara atau diusir dari negara ini.