Sunday, September 30, 2012

SYOR SEKAT DANA DARI LUAR YANG MERAGUKAN

Saudara Pengarang,

Sejak pertambahan  kerusi Pakatan Rakyat (PR) di peringkat parlimen dan negeri, ada individu rakyat Malaysia semakin berani mendapatkan bantuan dana dari  luar  negara secara tidak jujur cuba mengkhianati negara sendiri.

Penyalahan dana dari luar ini boleh mengancam keselamatan negara serta menganggu keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia ini. Oleh itu, saya syorkan segala bentuk dana yang di alirkan ke individu dan syarikatdi Malaysia perlu disekat sementara untuk mengetahui transaksi yang sah serta mengikut peraturan tempatan seperti Bank Negara Malaysia.

Sekatan sebegini bukan perkara asing di dunia ini kerana pihak negara besar dunia pernah menyekat aliran wang dari dunia Arab ke Malaysia kerana kononnya di syaki bantuan untuk penganas.

Puak ini mengunakan bank yang dikuasai mereka mencari punca dari mana bayaran atau wang itu dimasukkan dan akan disekat sekiranya wang tersebut dari negara-negara dibawah sekatan kuasa besar tersebut. Maka dengan itu, pihak pengeksport seperti Malaysia tidak dapat menerima bayaran pembeli dari negara Arab di bawah sekatan mereka..

Sekatan aliran wang yang dilakukan oleh huasa-kuasa besar bukan berbentuk dana atau hadiah  tetapi adalah hasil bayaran produk yang sah yang kita ekport ke negara negara Arab.

Begitu lah biadap kuasa-kuasa besar cuba  menjahanamkan barisan perikatan  negara Islam. Jadi, persoalannya kenapa kita tidak boleh melakukannya dengan menyekat aliran wang yang diragui  ke Malaysia.


Sunday, September 2, 2012

KOMEN PAS DALAM KENYATAAN SPONTAN MENGENAI BINTULU OLEH PENGACARA TV3 MERAIH POPULARITI KERAJAAN PUSAT.



Saya tertarik dengan komen pihak PAS mengkritik kesilapan  pengacara TV3 dalam memberi kenyataan spontan  mengenai bandar Bintulu. Seterusnya, mengaitkan kualiti berita TV3 selama ini adalah rendah setaraf kedai kopi, penuh fitnah dan tangkap maut seperti yang tersiar dalam Harakah Daily.

Menurut Ketua Penerangan PAS Miri lagi, Bintulu merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak dan menjadi hub industri LNG Sarawak dan merupakan antara penyumbang utama pendapatan negara.

Kenyataan ini, secara langsung memberi pengiktirafan kepada kerajaan  BN Pusat  dalam menerajui pendapatan negara. Persoalan ynag ingin saya bertanya, apakah sumbangan PAS dan sekutunya dalam membina ekonomi negara?

Apa yang dapat saya simpulkan disini, mereka ingin "meraih batuan" atau "mileage"  untuk kepentingan kepartian dalam hal perbedaan  persepsi tetapi secara tidak langsung memberi pengiktirafan kepada Kerajaan Pusat BN.

Semoga pendekatan-pendekatan mereka ini memberi banyak "batuan" kepada BN dalam persediaan PRU 13  dan mendaifkan peranan mereka sebagai pembangkang yang suka cakap tak serupa bikin.


TENGKU MAN
Pandan Indah Kuala Lumpur.