Thursday, March 18, 2010

SYOR UTAMA PENGUATKUASAAN MENAHAN PEMANDU BAHAYA DIJALAN RAYA DARI MENAHAN KERETA PENUMBANG YANG TIDAK MEMAKAI TALIPINGGANG KELEDAR.


Tuan Pengarang,
Secara peribadi saya tidak yakin kejayaan mengurangkan bilangan kemalangan maut diatas penguatkuasaan agensi kerajaan menguatkuasa pemakaian talipinggang belakang untuk kereta penumpang kerana kemalangan maut banyak berpunya dari tingkah laku pemandu itu sendiri yang memandu laju dan membahayakan penguna jalanraya yang lain.

Oleh itu, saya syorkan pemandu yang dilihat memandu dalam keadaan bahaya kepada pengguna orang lain perlu ditahan dengan serta merta dengan mengarahkan kebalai polis berdekatan. Pengunaan kamera ditempat-tempat stratejik serta pemerhatian pihak polis perlu dijadikan bahan bukti mempertahankan dakwaan dimahkamah.

Untuk maklumat tuan, setiap kali saya memandu dilembuhraya Kuala Lumpur - Air Keroh ada saja pemandu memotong atau mengekori kenderaan lain terlalu hampir, salah dan bahaya yang mengakibatkan kemalangan yang kebarangkalian berturutan seperti pelanggaran belakang kereta-kereta lain. Pada kebiasaannya,saya menghubungi pihak PLUS untuk memantau pemandu kenderaan yang memandu dalam keadaan bahaya supaya ia dapat disalurkan kepada pihak berkuasa.

Saya amat berbangga sekiranya seluruh anggota penguatkuasa yang beria-ia hendak membuat operasi pengunaan tali pinggang belakang kereta di gembelingkan memerhati, memantau dan menahan pemandu-pemandu yang biadab ini.

TENGKU MAN
Taman Pandan Indah