Thursday, March 18, 2010

BANGKITLAH ORANG MELAYU DEMI MASA DEPAN AGAMA MU KERANA TIADA TANAH MELAYU SELAIN DARI NEGARA INI.


Saudara Pengarang,

Empat tahun dahulu didalam ruangan yang sama, saya ada menulis berkenaan orang Melayu yang berhijrah dari perkampungan ke bandar besar terpaksa melupakan budaya kekampungan demi menjaga hati orang bandar. Atas desakkan situasi komuniti perbandaran yang rata-rata orang bukan Melayu, lantas orang Melayu lupa kehidupan positifnya yang rajin bangun pagi untuk menoreh, kebendang,menternak atau turun kelaut demi mengejar kehidupan cara moden. Ditambah pula, atas desakan komuniti ini, majlis atau dewan perbandaran membuat peraturan supaya masyarat kampung ini tidak menganggu keharmonian orang bandar . Maka secara tidak langsung, cara kehidupan orang Melayu berubah menjadi masyarakat menumpang, takut dan tertekan.

Pada masa yang sama, peraturan kehidupan orang bandar diatur mengikut undang-undang seperti mengeluarkan lesen memelihara anjing, membuka premis rumah urut dan sebagainya. Apapun, penguatkusaan undang-undang yang dibuat oleh pihak berkuasa kepada orang bandar sering dicabar dikemahkamah dan akhirnya kekurangan persediaan dari segi undang-undang, maka "tertewaslah" Dewan atau Majlis Perbandaran.


Bagaimana nasib orang Melayu bandar? Mereka tidak dibenarkan membawa ayam itik, lembu dan kambing atau sebagainya kerana kononnya menganggu orang bandar. Persoalannya, kenapa istilah binatang disepitkan atau dilesenkan dan tidak merangkumi aktiviti kegemaran orang Melayu?. Adakah memelihara ayam, itik dan lembu oleh orang Melayu tidak mempunyai nilai komersial?

Jika orang bukan Melayu yang suka berniaga dikaki lima pada waktu itu diberi naik taraf dengan merancakkan pembinaan dan membeli bangunan kedai secara sah, maka kenapa nilai kehidupan orang Melayu yang baik tidak diambil peduli malah terhapus secara perlahan-lahan diatas asakkan demi asakkan pada setiap generasi orang Melayu oleh orang bukan Melayu? Secara logiknya, pemeliharaan binatang ternakan dibandar memanglah tidak masuk akal tetapi perniagaan seperti "trading centre" atau premis / proses / pembungkusan masih relevant dengan perniagaan daging lembu,ayam,itik dan kambing. Oleh itu, budaya memelihara ternakan orang Melayu boleh diperkembangan jika kita sendiri mengisthiarkan " perang " bagi mendapatkan hak perniagaan yang mengikut hukum dan lunas agama kita.


Oleh itu, orang Melayu harus berani dan wujud dikala ini sebagai seorang Hang Jebat dan menentang apa jua rintangan yang boleh merosakkan kehidupan kita sebagai orang Melayu dan beragama Islam melalui kontrak sosial dan undang-undang yang termaktub didalam perlembagaan sebelum orang lain mendefinasikan mengikut lojik tanpa mendalami "spirit" atau semangat perlembagaan itu dibuat.


TENGKU MAN
Pandan Indah