Saturday, March 13, 2010

SYOR PERKHIDMATAN KAUNTER BERGERAK BAYARAN BIL AIR, ELEKTRIK DAN BEKALAN UBATAN UNTUK MASYARAKAT TUA DIKAMPUNG.

Pengarang,

Semasa saya balik kampung di mukim Gemencheh, saya teruja dengan kepayahan warga tua untuk bergerak membayar bil-bil elektrik, air dan mendapat bekalan ubatan di klinik kesihatan kerajaan. Rata-rata warga tua ini amat takut jika tindakkan pemotongan elektrik dan api jika bayaran tidak dibuat sebelum atau hari terakhir bayaran.

Secara tidak langsung,mereka ini adalah warga-warga setia dan ikhlas untuk membayar hutang-hutang kepada pihak-pihak berkenaan. Jika ada pun pembantu mereka samada anak atau saudara mereka tinggal bersama dikampung, saya perhatikan mereka ini akan membawa orang tuanya menaiki bas atau teksi demi keselamatan tinggal bersaorangan dirumah.

Oleh itu, saya sarankan khidmatan kaunter bergerak yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan/BN laksanakan dahulu dikampung-kampung bagi bayaran bil-bil dan perubatan warga tua perlu diteruskan demi keselamatan dan komitmen kerajaan yang peka dengan kesulitan warga tua dikampung.

Dengan perkhimatan kaunter bergerak dua kali dalam sebulan, sudah tentu warga tua dikampung-kampung dapat menunaikan tanggungjawab sebagai penguna yang setia. Bagi merealisasikan idea ini, pihak Bekalan Air dan TNB serta agensi kerajaan yang bertanggungjawab dapat bergabung sebag ai satu tanggungjawab sosial dan korporat kepada masyarakat umum.

Diharap cadangan ini mendapat reaksi semua JKKK, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen disemua kawasan terpencil dimana penduduknya sebahagian besar adalah warga tua.


TENGKU MAN
Pandan Indah