Thursday, March 18, 2010

MASALAH PENGANGKUTAN AWAM - SYOR LEBARKAN JARINGAN DAN MODENKAN PENGANGKUTAN AWAM BAGI MENARIK MINAT WARGA KOTA TINGGA JAUH DARI KOTA.


Saudara Pengarang,

Pada pengamatan saya, masalah pengangkutan awam di Lembah Klang telah sampai satu tahap yang kritikal kerana keselamatan pengguna tidak menjadi agenda atau pertimbangan utama oleh penguna, pengusaha dan pihak yang berkuasa. Seolah-olah ia seperti yang kita lihat di negara jiran seperti Indonesia dan juga India.

Tetapi ia tidak berlaku di negara Jepun yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen dan mudah digunakan oleh masyarakat Tokyo.

Oleh itu, saya syorkan kerajaan persekutuan dapat melihat kepadatan penduduk diLembah Klang menjadi satu titik tolak bagaimana struktur penduduk, aliran pengangkutan serta dan kemudahan lain dapat di rencanakan untuk 20 tahun akan datang.

Pertambahan koc LRT dan bas di Lembah Klang tidak boleh menyelesaikan masalah jangka panjang jika kepadatan penduduk Lembah Klang semakin bertambah tanpa dialirkan dipenempatan baru.

Jika kita melihat pengurusan kepadatan penduduk di Jepun, rata-rata masyarakat bekerja di Tokyo tinggal jauh dari bandar. Dengan sistem rel yang efisen, mereka berulang alik dari rumah ke tempat kerja dengan selesa dan tepat pada waktunya.

Oleh itu, saya sarankan kerajaan memodenkan dan melebarkan jarak pengangkutan awam seperti komputer, ERL atau apa jua pengangkutan yang memberi keselesaan penduduk untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Apa yang dapat saya syorkan, rangkaian sistem komuter ke selatan perlu dilebarkan sehingga ke Tampin dan Ipoh ( utara ) supaya dapat menarik minat warga kerja berulang alik dengan selesa, tepat waktunya dan manusabah masa perjalanan.

Saya percaya dengan tinggal jauh dari kota seperti di Seremban, Senawang, Tampin, Tanjung Malim, Ipoh dan sebagainya, warga kota dapat mengalami kehidupan suasana nyaman disepanjang Banjaran Titiwangsa yang membujur dari Utara ke Selatan.



TENGKU MAN
Taman Pandan Indah