Thursday, March 18, 2010

PUBLIC BANK ENGGAN MENERIMA MATAWANG MALAYSIA

Pengarang,

Hari ini saya mengalami kejutan apabila sebuah bank di Pandan Indah ( Public Bank ) enggan menerima matawang Malaysia untuk bayaran ansuran satu ( 1 ) bulan untuk kereta saya yang tertunggak ansuran sebanyak dua (2) bulan. Alasannya, mereka mahukan semua ansuran ( 2 bulan ) yang tertunggak dijelaskan sebagai pra syarat menerima wang tunai tersebut sedangkan saya pada waktu itu saya kekurangan aliran tunai untuk membuat bayaran sepenuhnya. Sebagai makluman, ansuran bulanan adalah sebanyak RM290.00 sahaja.

Bagi pendapat saya, ada dua (2) perkara perlu mendapat perhatian komuniti dalam hal ini.

1. Pihak bank telah melanggar akta bank negara kerana enggan menerima matawang Malaysia.

2. Pihak bank cuba mengkhianati pengguna supaya mereka dapat menarik kereta dan secara tidak langsung mengandakan keuntungan.

3. Kemungkinan ada pihak dari dalam bank mempunyai kepentingan dengan penarik kereta.


Oleh itu, saya sarankan pihak Bank Negara dan Gabungan Persatuan Pengguna perlu menyiasat perlakuan biadap ini supaya pengguna lain tidak menjadi mangsa pihak korporat yang tidak beretika ini.


TENGKU MAN
Pandan Indah