Thursday, March 18, 2010

TAFSIRAN HAIWAN LEMBU DARI PERSPEKTIF PELBAGAI KETURUNAN DAN BUDAYA.

Saudara Pengarang,

Saya melihat haiwan lembu dari kaca mata semasa saya tinggal dikampung Melayu 30 tahun yang lalu. Haiwan ini adalah haiwan pelihaharaan orang Melayu untuk disembelih menjadi makanan harian serta bermusim seperti majlis khenduri kahwin dan sebagainya. Begitu juga, haiwan lembu digunakan oleh pengusaha lembu untuk menarik penumpang dan barangan. Pelanggannya samada semasa khenduri atau penumpang adalah terdiri dari pelbagai kaum termasuk keturunan India.

Hakikatnya, tiada seorang pun dari rakyat jelita membuat lapuran polis diatas “pengianaya” haiwan ini disembelih dan ditunggang. Jika ada pun, adalah kes curi lembu dimana kepala lembu ditinggalkan dimerata tempat termasuklah di ladang, sawah atau pergi buta.
Tetapi pada masa kini, sudah ada golongan memberitahu bahawa haiwan itu adalah suci dari perspektif agamanya.

Jika itu lumrahnya, apakah kerajaan terpaksa mencadangkan undang-undang diadakan bahawa haiwan ini tidak boleh disembelih , ditunggang atau “didera”? . Sedangkan dari sudut budaya kaum Cina yang saya ketahui, semua haiwan yang belakangnya menghadap langit adalah “halal” dimakan.

Jika dihadkan sumber keperluan makanan ini maka kerajaan dan mahkamah terpaksa mencari jalan mengimbangi bekalan daging untuk manusia yang perlu makanan daging sejak zaman kuno. Saya pernah ke Mynmar dimana majoriti penduduknya beragama Budha / Hindu. Mereka memelihara lembu sebagai haiwan suci dan dalam masa yang sama membantu mereka semasa membajak sawah. Setelah haiwan ini uzur, mereka merelakan haiwan yang dianggap suci itu dijual untuk mendapatkan wang. Maka sudah tentulah haiwan itu disembelih atau diseludup ke Siam atau Malaysia.

Jadi, putaran kehidupan haiwan lembu ini sememangnya telah ditakdirkan mati samada disembelih atau sakit. Maka, apa sensitifnya jika kita sebagai manusia sejagat yang pelbagai keturunan,agama dan budaya mengetahui bahawa kehidupan akan berakhir dengan kematian?
Bagaimana pula bila mana kita melihat kematian manusia yang disembilih , didera dan sebagainya seperti yang berlaku di Bosnia tetapi tidak dibicarakan dengan lebih tulus dan bersungguh-sungguh? Mengapa tidak kita beramai ramai tidak mengira bangsa dan keturunan membuat protes dan mengheret manusia pembunuh tersebut? Kenapa perbicaraan diadakan kepada kolompok kecil yang tidak bersifat global ?

Pada kesimpulannya, isu membawa kelompok kecil kepengadilan untuk memenuhi kehendak sesuatu kaum sahaja adalah bersifat “silo” dan penguatkuasaannya serta penerimaan oleh masyarakat dunia tidak secara total dan menyeluruh.


TENGKU MAN
Kuala Lumpur