Thursday, September 30, 2010

KELUARGA USAHAWAN INDIA YANG HILANG PERLU MINTA MAAF KEPADA PIHAK POLIS ATAS DAKWAAN LIAR

Saudara Pengarang,

Dari laporan media, saya tertarik dengan laporan polis yang di buat oleh abang mangsa Dr Kasi Viswanathan pada 29 Mac 2010 berhubung penipuan yang didakwa dilakukan oleh “Polis Bukit Aman” yang meminta sejumlah bayaran bagi membebaskan usahawan India Allal Kanthan Muthuraja.

Laporan awal tersebut seolah olah mengambarkan amalan rasuah dikalangan pihak berkuasa Malaysia dan secara tidak langsung memberi gambaran tahap profession polis Malaysia. Malah keluarga mereka mendakwa, pihak polis tidak membuat siasatan terperinci kerana ianya membabitkan warga polis.

Apabila kes kehilangan Sosilawati terbongkar pada sekitar Sept 2010 dan dalam soal siasat polis dapat mengaitkan usahawan India tersebut disyaki mati dibunuh yang ada kaitan dengan perniagaan, isteri Allal iaitu Usharani telah membuat laporan polis mengenai “kehilangan” suami beliau . Laporan kedua ini dibuat setelah enam bulan selepas laporan pertama yang dibuat oleh abang mangsa.

Persoalanya disini, kenapa begitu mudah sesaorang bersikap “bias” kepada pihak berkuasa sedangkan siasatan dijalankan berdasarkan laporan yang dibuat oleh mereka sendiri ? Apakah sesaorang itu boleh didakwa kerana jika terbukti laporan awal mereka bersifat fitnah dan niat jahat?

Oleh itu, saya sarankan undang-undang yang sedia ada perlu dikuatkuasakan bagi membendung laporan yang berat sebelah dan “mencacatkan” siasatan pihak berwajib. Dengan penguatkuasaan akta yang sedia ada atau perlu diperkukuhkan, “pembelit-pembelit” ini tidak sewenang-wenangnya berhujah dengan memperlekehkan undang-undang di mahkamah.

TENGKU MAN
Pandan Indah