Monday, September 13, 2010

SYOR ADAKAN AKTA MIRIP ISA UNTUK PENCETUS KETEGANGAN KAUM

Pengarang,



Saya menyokong kenyataan Perdana Menteri kita mengenai sebilangan rakyat dengan segaja mengunakan isu perkauman sebagai PELAMPAU kononnya ingin menarik minat orang ramai tanpa melihat implikasi buruk yang menjejaskan keharmonian pelbagai kaum.



Berdasarkan perlakuan yang jahat ini, saya syorkan mereka ini dihumbankan kedalam pusat ala ISA di Kemunting bagi mengelak kaum yang dihina tidak menjadi agresif dan membendung situasi menyerang kaum lain.



Oleh kerana tujuan ISA masa kini adalah untuk orang yang disyaki subvesif dan tidak sesuai untuk pelaku-pelaku ini, maka satu rang undang-undang dan akta lain perlu diwujudkan bagi "menyimpan"pelampau ini yang bakal merosakkan keharmonian dan keamanan antara kaum masa kini.



Mereka ini agak licik menafikan sesuatu niat kerana undang-undang memerlukan pembuktian dari segi "niat" sebelum dibawa untuk pengadilan. Jika pihak berkuasa berterusan mengunakan undang-undang sedia ada, peluang untuk dihukum adalah tipis dan matlamat untuk meredakan isu perkaum tidak akan tercapai.



Oleh itu, akta untuk pelampau kaum ini perlu diwujudkan dimasa kini kerana mereka dilihat tidak henti henti membuat provokasi yang merbahaya. Dengan adanya kuasa ini, pihak berkuasa boleh menahan pelampau ini tanpa dibicarakan pada jangka masa tertentu sehingga keadaan reda. Diharap "Hukum Simpan" ini akan menjadi pengajaran dan menyedarkan mereka implikasi buruk jika berterusan memutar belit isu dan menyemarakkan anti perkauman.




TENGKU MAN
Pandan Indah