Wednesday, October 6, 2010

SEDIH KERANA PEMBELIAN PERALATAN CANGIH BAGI MEMBENTERAS PATI TIDAK MEMBERI TAMBAH NILAI KEPADA KERAJAAN.

Pengarang,

Sebagai rakyat biasa, saya amat sedih dalam usaha kerajaan memodenkan pasukan penguatkuasaan seperti pembelian bot bot laju serta peralatan canggih bagi mengesan dan menangkap PATI, sebilangan kakitangan dan pegawai di agensi kerajaan di tangkap oleh SPRM kerana menerima sogokkan sehingga RM30,000 sebulan.

Kesimpulannya, tiada guna kerajaan memperlengkapan peralatan tercangih dengan kos mahal jika moral kakitangan amat rendah dan menjijikan. Saya berpendapat, pendekatan memodenkan peralatan dalam apa jua jabatan atau kementerian tidak akan menjamin kawalan semakin untuh jika moral kakitangan jabatan tersebut bermasaalah dan senang dijual beli.

Barangkali, pihak tertentu boleh memikirkan sejumlah bajet yang diperuntukan setiap tahun untuk memodenkan sesuatu angkatan itu disalurkan pula dalam bentuk mempertingkatan “benefit” / kemudahan rawatan serta elaun kakitangan bagi mengelakkan sesaorang tersebut menerima sogokan dalam keadaan terdesak dimana pendapatan isi rumah mereka terlalu rendah.

Jika pendekatan ini tidak memberi tambah nilai dalam menegakkan intergriti kerajaan dimata rakyat dan antarabangsa, mereka ini perlu di ambil tindakan selari dengan undang-undang negara ini.


TENGKU MAN
Pandan Indah