Friday, September 24, 2010

SIKAP "PREJUDICE" PEGUAMBELA BOLEH MENGANCAM KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN

Pengarang,

Dari pengamatan saya dalam keputusan perbicaraan di Malaysia, sesaorang tertuduh kebiasaannya dijatuhkan hukuman apabila niat jahatnya telah dilaksanakan dengan bukti-bukti nyata dan tiada wujud keraguan manusabah. Sekiranya, wujud keraguan, maka kebiasaannya tertuduh dilepaskan walaupun ada kebarangkalian tertuduh boleh memenuhi hajat mereka selepas dibebaskan.

Pola sebegini tidak sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dimana baru-baru ini seorang saintis warga Pakistan yang didakwa “merancang” pembunuhan tentera AS di Afganistan telah dijatuh hukuman penjara selama 86 tahun sedangkan tiada bukti pembunuhan berlaku.

Dari senario di atas, saya perhatikan bahawa perlaksanaan undang-undang setiap negara berbeda dimana dalam hal AS, mereka tidak berkompromi dalam hal niat rancangan jahat sedangkan di Malaysia pengunaan undang-undang yang sama boleh membebaskan sesaorang itu walaupun terdapat bukti-bukti mengaitkan tertuduh dengan “kebijaksanaan” peguambela berhujah.

Oleh itu, saya berharap dalam hal-hal pembunuhan kejam seperti yang berlaku ketika kini, pihak berkewajiban perlu menekankan perlakuan kejam mendapat hukuman melebih dari hukuman kes saintis warga Pakistan ini dan tidak sekali-kali mereka terlepas dari hukuman setimpal dengan perbuatan mereka walaupun peguambela berhujah melampau kebijaksanaannya.


TENGKU MAN
Pandan Indah