Saturday, September 18, 2010

SYOR ADAKAN BADAN PEMANTAU ANUGERAH GELARAN BAGI MENGELAKKAN PENIPUAN DAN MENYALAHGUNAKAN

Pengarang,

Rata-rata masyarakat Malaysia sejak zaman 60an amat menghormati apa jua gelaran yang diberi oleh masyarakat, ketua kerajaan dan sebagainya. Dari gelaran cikgu hinggalah pangkat Dato', Datuk, Tan Sri dan sebagainya sebagai penghormatan di atas jasa mereka dengan masyarakat setempat.

Bagaimanapun, pada era zaman mencari kekayaan pada hari ini, sebahagian dari penerima diajak bersama mengunakan gelaran mereka bagi memudahkan proses mendapatkan perniagaan.

Barangkali, tiada apa perlu yang dicemburi tetapi apabila ada di antara manusia yang hidup dalam persekitaran penipuan, maka gelaran demi gelaran setiap tahun sudah tidak boleh dikawal kesahihan serta rasional penerimaan anugerah tersebut. Maka kewujudan gelaran gelaran tersebut semakin kusut dan celaru oleh mata rakyat jelata.

Bagi mengelakkan salah guna gelaran samaada oleh diri mereka sendiri atau kroni-kroni mereka, adalah disyorkan satu badan pemantauan di wujudkan dengan memberi maklumat secara "online" diwebsite yang dikhususkan untuk keperluan umum bagi mempastikan kesahihan individu tersebut. Dengan adanya maklumat ini, setiap orang yang berurus dengan individu yang kononnya berpengaruh dapat dikekang dan dimaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya ia adalah palsu dan penyamaran.

Maklumat-maklumat mengenai kesahihan ini amat diperlukan kerana sikap majoriti masyarakat Malaysia sehingga terlalu menghormati dan mempercayai individu yang mempunyai gelaran. Oleh itu, dengan adanya sistem maklumat terkini, masyarakat dapat membuat penilaian atau "check and balance" kewujudkan individu samada bergelar Doktor (Dr.), Datuk dan sebagainya.

TENGKU MAN
Pandan Indah