Monday, September 13, 2010

SYOR KEPADA KERAJAAN ELAK PIHAK BERKEPENTINGAN MENGUNAKAN SAMAN EKOR SEBAGAI MODAL POLITIK.

Saudara Pengarang,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan menimbang semula rungutan rakyat yang dikenakan saman ekor. Begitu juga, kepada parti politik atau NGO yang mewakili orang ramai dalam melontarkan idea - idea dari pelbagai perspektif.

Apa yang penting kini adalah pihak berkuasa samada Polis atau JPJ hendaklah membekukan semua saman ekor supaya para penguna jalanraya dapat memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kedua, pihak Polis menyemak kembali bukti bukti pengiriman saman-saman kepada pemilik kenderaan. Jika terbukti pengiriman telah dibuat maka tindakan selanjutnya boleh dikuatkuasakan. Jika tiada pembuktian saman-saman tersebut pernah dikirimkan melalui pos atau sebaginya kepada pemilik mengikut alamat terkini maka golongan ini perlu dimaklumkan segera dengan bukti-bukti yang boleh menyokong saman tersebut.

Apabila perkara asas seperti diatas telah disempurnakan dengan teliti, pihak polis perlu bersedia untuk berdepan dengan pemilik-pemilik kenderaan dimahkamah. Umum mengetahui bahawa beberapa kes saman antaranya "Lim Yaw Chiang lawan JPJ" pernah didengar dan diputuskan oleh mahkamah pada tahun 2009. Jadi, bagi menjaga intergriti pihak berkuasa dicabar oleh rakyat sendiri tindakkan kontrovesi perlu dibendung supaya rakyat sentiasa menghormati pihak berkuasa dalam menjalankan tugas.

Saya pernah mengalami nombor kenderaan saya di senarai hitamkan pada tahun ini kerana kononnya membawa kenderaan melebihi had laju lebuhraya KL- Kuantan berhampiran Maran pada tahun 2008 tanpa notis saman disampaikan samada tahun 2008, 2009 dan sehinggalah hendak memperbaharui cukai jalan pada tahun ini 2010. Bagi mengelak kesalahan berganda saya menjelaskan saman tersebut (dengan protes) sebanyak RO300.00 tanpa diberi peluang diskaun.

Diharap syor ini dapat di ambil kira supaya tiada pihak pihak lain mengunakan isu ini sebagai modal politik yang mudah dan mempunyai asas kukuh.


TENGKU MAN
Pandan Indah