Monday, August 12, 2013

SYOR KOMUTER "SEMI EXPRESS" ANTARA SG GADUT-KL SENTRAL-SG GADUT

Saya adalah pelanggan tetap perkhidmatan komuter Sg Gadut - KL Sentral setiap hari kerja. Perjalanan saya antara Sg Gadut - KL Sentral mengambil masa satu setengah jam. Tempoh masa tersebut tidak termasuk perjalanan sehingga kepejabat saya di KLCC dengan perkhidmatan LRT yang pada keseluruhannya mengambil masa 2 jam.
 
Adalah besar harapan saya dan juga barangkali pengguna lain sekiranya pihak KTM memendikkan  tempoh perjalanan dengan memperkenalkan perkhidmatan komuter  berhenti hanya di stesen-stesen yang  terpilih  dan beroperasi diwaktu tertentu sahaja. Pada masa ini, komuter tersebut berhenti disetiap stesen antara Sg Gadut dengan KL Sentral dan ini melambatkan perjalanan bagi pengguna yang naik dari stesen terawal.
 
Saya percaya pihak KTM mempunyai perancangan perkhidmatan yang lebih efisen dan efektif apabila  projek landasan berkembar Sg Gadut - Gemas siap seperti memperkenalkan perkhidmatan ETS KL Sentral-Gemas, dan apa yang ingin saya sampaikan disini ialah perkhidmatan yang praktikal  untuk memenuhi pola  penggunaan perkhidmatan komuter masa kini dari Seremban.
 
Dengan perhkidmatan awam yang berdaya maju, saya percaya lebih ramai warga kota akan memilih  untuk tinggal di luar Kuala Lumpur terutama di sebelah selatan tanah air.
 
 
TENGKU MAN
Taman Tuanku Jaafar, Senawang.