Thursday, August 29, 2013

HUKUM INDIVIDU YANG PROVOKASI AGAMA

Kes cubaan menghina agama Islam serta mencabar kesabaran  umat Islam semakin bertali arus jika dibandingkan provokasi agama-agama lain di Malaysia.

Saya berpendapat sudah sampai satu peringkat dimana negara ini perlu tegas membuat akta pencegahan seperti waktu darurat menentang komunis dan peristiwa 13 Mei 1969 yang lalu. Jika waktu perang dizaman dahulu,  pencuri makanan boleh  dihukum bunuh sebagai satu isyarat pencegahan kebuluran rakyat lain.

Manusia yang tidak pernah melalui peristiwa hitam tidak akan mengerti keperitan peristiwa berdarah selagi mereka tidak diperingatkan dengan hukuman tanpa bicara.

Hukuman tanpa bicara ini amat sesuai dengan manusia yang tiada sifat sivil dalam penghidupannya. Oleh itu, wajarlah wajah-wajah ini dihukum secara tidak adil oleh  manusia bersifat sivil.

Mencari pembuktian mengikut undang-undang sekarang sudah tidak relevan pada situasi terkini. Konsep tidak bersalah selagi tidak dibicarakan dan diputuskan tidak menampakkan penurunan kes jenayah.

Malah pembebasan "penjenayah" yang kekurangan  bukti baru-baru ini menunjukkan peningkatan kes bunuh secara bebas.

Pendesak yang mahu pihak berkuasa membebaskan mereka serta menjuarai "penjenayah" ini hari ini terus membisu sembunyi tangan.

"Penjenayah" semakin  rangkus mencari dan membalas dendam kepada mereka yang  menyebelahi pihak memberi maklumat.

Jadi, apa kesudahannya jika tiada hukuman dibuat dengan serta merta? Adakah kita mahu menyalahkan pihak polis setiap perlakuan jenayah dan provokasi agama meningkat?

Bagi menyaksikan  kadar provokasi dan jenayah berkurangan adalah disyorkan "penghapusan" dibuat  dengan mengunakan perundangan primitif.