Saturday, June 29, 2013

PERUNTUKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU BUMIPUTRA ISLAM ADALAH PAKSI MEMAKMURKAN NILAI HIDUP DAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA

Saudara Pengarang,

Baru baru ini saya bercuti bersama keluarga di Hong Kong. Kami bermalam di sebuah hotel di kepulauan Lantau berhampiran dengan lapangan terbang Hong Kong. Apa yang ingin saya berkongsi sama ialah kawasan seluas 1,600 ekar yang dikenali Discovery Bay termasuk kawasan pantai adalah terhad kepada pemilik, penyewa serta pelawat yang sah sahaja. Orang atau kenderaan awam seperti kereta milik persendirian  tidak dibenarkan masuk atau mengunakan kemudahan didalam kawasan tersebut.

Rata-rata komunitinya adalah golongan kaya, pedagang, pakar perunding asing dan sebagainya. Maksudnya, kawasan tersebut "diperintah" oleh golongan kaya dan elit sahaja.

Berdasar dengan scenario di atas, terpanggil untuk saya memikirkan apa yang akan terjadi kepada masyarakat Melayu Bumiputra Islam sekiranya ada kawasan di Malaysia boleh dibeli dan dihadkan kepada golongan kaya sahaja. Bagaimana untuk masyarakat Melayu Bumiputra Islam  untuk ke pantai samada beriadah dan menangkap ikan setelah pantai dimiliki oleh perseorangan atau syarikat? 

Kebanyakan syarikat berlandasan Islam dan masyarakat Melayu Bumiputra Islam pula  tidak mampu memiliki sebuah kawasan teluk (bay) yang luas kerana pencarian harta mereka lebih berteraskan halal berbanding dengan bukan Islam.

Walaupun di Malaysia ada peruntukan undang-undang menyebut kawasan pantai tidak boleh dimiliki oleh individu atau organisasi, saya percaya lambat laun atau terkini ada kawasan pantai sudah  tidak dibenarkan masuk  kepada orang awam.

Oleh itu, hak keistimewaan orang Melayu Bumiputra  Islam perlu dijaga dan tidak sesekali di kurangkan  demi memenuhi kehendak golongan yang kaya walaupun kononnya mereka mendakwa bahawa kemajuan ekonomi negara disumbang oleh aktiviti mereka. 

Cukup lah apa yang dinikmati serta peluang yang diberi di negara bertuah ini telah banyak memakmurkan diri mereka berbanding dengan masyarakat Melayu Bumiputra Islam lebih mempertahankan nilai etika, budaya dan agama Islam itu sendiri walaupun satu hari nanti akan "memakan diri sendiri" jika keistimewaan terlucut.