Monday, August 12, 2013

PERLANTIKKAN PENDAKWARAYA: KECELARUAN FIKIRAN MENGHANTUI PEMBANGKANG

Saya amat tertarik mengikuti proses perlantikkan pendakwa raya dalam kes rayuan  pendakwaan kes liwat baru-baru ini. Saya melihat dari perspektif tingkah laku manusia yang mempunyai pelbagai imaginasi.
 
Apabila sesaorang manusia itu melakukan imaginasi melampau maka terbitlah  khayalan  buruk yang tidak memihak kepadanya. Maka dirumuskan sesuatu tindakkan oleh pihak lain itu "bias" dan meragukan. Ini adalah mainan persepsi yang ada dalam setiap manusia.
 
Bagi saya, perlakuan ini sengaja diransang dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan pembelaan walaupun mereka tahu dalam profesion sebagai peguam, mereka perlu bersikap professional dan beretika.
 
Dengan hanya meletakkan nilai intergriti dalam diri sendiri sahaja membolehkan sesaorang itu bersikap profesional dan menterjemahkannya sebagai peguam yang berwibawa.
 
Oleh itu, apa jua perlantikkan yang telah diputuskan oleh sebuah badan yang dihormati (bukan keputusan individu), sesaorang itu tersebut tidak perlu melatah. Biarkan proses rayuan itu diteruskan dan kita lihat bagaimana hujah dan fakta dapat membuktikan bahawa perlantikkan sesaorang pendakwa raya atau pun peguam cara  dibuat untuk mencari keadilan sebagai tunjang prinsip yang didokongi.
 
 
TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur