Tuesday, November 6, 2012

Contohi dataran bersejarah Korea Selatan

SAYA yang masih bercuti di Seoul, Korea Selatan kini terpanggil untuk berkongsi cara rakyat Korea mempertahan serta menyemarakkan semangat kenegaraan kepada pelancong luar negara.
Apa yang saya perhatikan, coretan sejarah berbentuk gambar dipaparkan di dataran terbuka di Seoul untuk dikongsi bersama dengan generasi muda serta pelancong dari luar negara.
Urutan cerita semasa perang yang diketuai oleh tentera dan orang awam Korea dipamerkan di dataran terbuka serta dianimasikan dalam bentuk tayangan 4D kepada pelancong luar negara.
Oleh itu, saya syorkan cebisan sejarah menentang tentera Portugis, Jepun dan Komunis sehingga kemerdekaan terbentuknya negara Malaysia perlu dipaparkan di lokasi strategik seperti di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan sebagainya.
Secara tidak langsung pelancong luar negara dan rombongan dari sekolah serta kolej dapat menatapi sejarah sambil melalui jalan raya yang menempuhi liku-liku peperangan dan darurat.
Diharap inisiatif ini dapat dipelopori oleh bandar-bandar bertaraf bandar raya di Malaysia.