Friday, March 30, 2012

SYOR WUJUD SEMANGAT "HANG JEBAT" DIKALANGAN MASYARAKAT MELAYU


Saudara Pengarang,

Dari pengamatan saya, semangat perang saikologi  dikalangan masyarakat keturunan Melayu amat berkurangan dalam situasi mempertahanan hak-hak mereka sebagai individu serta hak yang tertulis dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka seolah-olah hilang punca apabila diasak dengan tuntutan berturutan oleh masyarakat keturunan lain.

Barangkali budaya dan adat resam masyarakat Melayu zaman dahulu menjadi penghalang untuk lebih masyarakat Melayu lebih bersikap berani, vokal dan profesional dalam memberi pendapat semasa mempertahankan isu-isu yang melibatkan bangsa,agama dan negara sendiri.

Oleh itu, masyarakat Melayu generasi kini perlu menjalani proses perubahan secara revolusi bagi meningkatkan kredibiliti kepimpinan serta ilmu mempertahankan diri dikalangan masyarakat Melayu. Kaedah  secara provokasi seperti dalam proses mewujudkan para peguam boleh membantu  ramai dikalangan masyarakat Melayu lebih berani kehadapan dengan mengusulkan tuntutan dan mempertahankan hak-hak mereka mereka berlandasan perundangan dan rasional.

Saya berpendapat, kita perlu membentuk ramai perwatakan Hang Jebat yang berpelajaran dalam menlindungi  hak-hak masyarakat Melayu  di masa kini. Walaupun watak tersebut adalah satu  mitos yang disebut dalam Sejarah Melayu, keperluan perwatakan sebegini amat diperlukan bagi mengimbangi perwatakan yang "keterlaluan" dari  golongan masyarakat lain yang terlalu mendesak.


TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur