Friday, March 30, 2012

Fahami intipati perlembagaan


MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, pelbagai personaliti dan kepartian mempertikaikan kewujudan diskriminasi dalam perlembagaan tanpa ingin mengetahui bagaimana perkara yang berkaitan keistimewaan status bumiputera termaktub di dalamnya.
Jika diimbas semasa pembentukan perlembagaan, banyak faktor tolak ansur ditawarkan kepada penduduk asal dan penduduk pendatang. Contoh yang ketara ialah apabila penduduk asal terutama orang Melayu menerima kedatangan penduduk pendatang menjadi warganegara Malaysia.
Sebagai timbal balas, penduduk pendatang diberi taraf warganegara dan dalam masa yang sama penduduk pendatang menerima peruntukan istimewa, hak penduduk asal seperti orang Melayu.
Inilah semangat dan intipati perlembagaan yang perlu diketahui oleh semua warga Malaysia.
Saya percaya dengan mengambil kira semangat yang sama semasa pembentukan perlembagaan dan penerimaan penduduk pendatang, modal diskriminasi kaum yang sentiasa membakar emosi warganegara tidak menjadi modal politik masa kini dan akan datang.