Friday, March 30, 2012

SYABAS KTM 'MY KOMUTER"


Saudara Pengarang,

Pada 10 tahun yang lalu iaitu pada Julai 2002 melalui ruang Forum ini, saya pernah mencadangkan  laluan komuter dari Kuala Lumpur ke Seremban disambung ke Sungai Gadut, Senawang. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kesesakan Bandar Seremban pada waktu puncak dimana pada ketika itu pengguna komuter dan warga kerja Seremban tertumpu di aliran jalan yang sama ke stesen Keretaapi Seremban. Kini, sejak tahun lalu, warga di Kuala Pilah, Senawang dan Rembau tidak perlu memasuki Bandar Seremban untuk mendapatkan perkhidmatan komuter ke Kuala Lumpur. Mereka boleh meninggalkan kenderaan di stesen Keretaapi Sungai Gadut, Senawang.

Hari ini saya amat berbangga kerana cadangan saya telah diambil kira dalam pelan KTM dan laluan tersebut telah menjadi realiti. Barangkali pada tahun hadapan,  rakyat yang tinggal disebelah selatan dapat menikmati perjalanan disambung sehingga ke Gemas.

Diharap dengan ketibaan koc komuter yang baru secara berperingkat peringkat akan dapat mempertingkatkan perkhidmatan dengan lebih efisen dan efektif. Di sini, saya mencadangkan satu pengukur aras perlu diwujudkan bagi menampakkan pembaruan imej KTM dikalangan awam dan pengguna. Pengukur aras seperti ketepatan waktu , kemalangan, kelewatan dan sebagainya dapat dipaparkan di setiap stesen bagi memberi keyakinan kepada pengguna perkhidmatan komuter tersebut. Mesin tiket perlu dinaik taraf dan diperbanyakkan. Begitu juga kemudahan asas yang lain serta pengurusan ala ERLKLIA menjadi model KTM.



TENGKU MAN
Pandan Indah
Kuala Lumpur