Tuesday, May 3, 2011

BARAT PERLU MEMAHAMI KEGANASAN DARI PERSPEKTIF MANUSIA SEJAGAT.

Saudara Pengarang,

Samada Osama bin Laden hidup atau telah di bunuh itu bukan topik untuk di perdebatkan. Yang penting, samada keganasan akan berterusan setelah kononnya ikon keganasan telah terbunuh?. Itu satu persoalan yang perlu semua manusia sejagat mencari jawapan.

Adakah Amerika, NATO dan sebagainya tidak ganas dengan mengebom dan memusnah serta membunuh orang awam dalam kononnya mencari penganas? Bagi saya, perbuatan itu adalah terlalu ganas dari penganas yang di cari.

Mengikut hukum hakam makluk hidup di dunia ini, adalah menjadi tabiat semua makluk termasuk manusia maupun binatang akan merasa tertekan sekiranya hak mereka di cerobohi serta di rampas samada secara paksa , halus atau perundangan yang berat sebelah. Maka wujudlah kumpulan yang melindungi hak serta harta-harta mereka untuk anak cucu, bangsa dan agama mereka.

Apabila wujudnya kumpulan ini, maka pihak luar terutama Barat melebelkan mereka sebagai "penganas" kerana ketika itu sudah tentu ada sebilangan kumpulan lain yang menentang dan mendapat sokong pihak luar yang mahu menjadi hero dunia.

Hero dunia ini akan membuat undang-undang khas untuk di kuatkuasakan diluar negara mereka dan mewarwarkan bahawa setiap tindakkan mereka di luar negara mengikut "undang-undang antarabangsa". Maka di halalkanlah semua tindakan pengeboman (keganasan ) walaupun melibatkan orang awam dan kemudahan asas penduduk di situ.

Persoalannya jika Amerika boleh membuat undang-undang sendiri dengan mendapat restu PBB dan NATO, kenapa pihak yang di tindas ini tidak boleh membuat undang-undang sendiri untuk menghalalkan pencerobohan luar?

Sepatutnya, pihak PBB atau NATO serta pakatan yang boleh membawa pendamaian ini membantu bagaimana satu undang-undang yang boleh melindungi kumpulan yang pada hakikatnya adalah manusia atau kumpulan biasa mempertahankan hak-hak asasi mereka.

Masalahnya, pihak dunia khasnya Amerika dan pakatan antarabangsa tidak dapat melihat perspektif ini kerana mereka tidak pernah di cerobohi atau di rampas hak-hak mereka oleh negara atau kumpulan lain secara ganas. Maka dengan itu, mereka tidak merasai tekanan kehilangan hak tetapi merasai tekanan dari segi mencari populariti kedudukan individu, pengaruh agama dan bangsa mereka di mata dunia.

Kesimpulannya, keganasan tetap akan berlaku sehingga wujudnya undang-undang yang melindungi semua pihak termasuk kononnya mereka ini "penganas". Kematian Osama bin Laden tidak semestinya melumpuhkan semangat perjuangan mereka malah boleh menyemarakkan semangat keganasan itu lebih luas dan mengugatkan orang awam di seluruh dunia.


TENGKU MAN
Pandan Indah