Monday, May 16, 2011

FAM GAGAL MEMBUAT PERATURAN SEKAT BENDERA NEGERI NEGERI MASUK DALAM STADIUM SEMASA PERLAWANAN BOLASEPAK.

Pengarang,


Peristiwa membakar kenderaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) oleh penyokong Kelantan dan provokasi berlebihan dikebanyakan perlawanan membabitkan pasukan bolasepak Kelantan adalah sesuatu yang di lapurkan oleh media media tempatan sejak bertahun tahun lalu. Persoalannya adakah perbuatan ini seolah-olah "di lindungi " oleh sebahagian pegawai atasan yang berpengaruh didalam Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM)?


Ironiknya, bila pasukan lain melatah berlebihan kerana provokasi penyokong Kelantan, semakin banyak pula komen-komen dari pegawai atasan Kelantan untuk mempengaruhi media dan umum menghukum persatuan, penonton dan pasukan lawan.


Pada hemat saya, perlakuan merusuh serta membakar kenderaan Polis DIRAJA Malaysia oleh penyokong Kelantan di Kota Bahru dahulu adalah perkara yang serius kerana ia melibatkan kenderaan yang bernaung diatas nama Yang DiPertuan Agung serta merosakkan harta rakyat jelata. Ini berbeda dengan perlakuan membakar bendera ( tuntutan provokasi) kerana ia tidak melibatkan kerugian harta tetapi hanya tercalar serta menyentuh semangat kenegerian menebal mereka.


Sekiranya, FAM berpendapat bahawa bendera itu mempunyai "spiritual " maka pihak FAM terlebih dahulu memberi garis panduan kepada Persatuan Negeri supaya menghalang bendera-bendera negeri di bawa masuk dalam stadium kerana di khuatirkan kedua-dua belah pihak akan merendahkan martabat bendera itu semasa perlawanan berlangsung.


Kesimpulannya, FAM perlu fokus di padang dalam membangunkan sukan bolasepak bertaraf dunia dan bukan lebih fokus kepada menghukum gelagat penonton yang secara lumrah memang teruja semasa menyokong pasukan masing masing.



TENGKU MAN
Pandan Indah