Saturday, May 7, 2011

SYOR PENGURUSAN HUTAN REKREASI AWAM DAN SWASTA MEMPUNYAI PIAWAIAN BAGI MELINDUNGI KESELAMATAN PENGUJUNG.

Saudara Pengarang,

Sejak kebelakangan ini telah menjadi ikutan ramai keluarga membawa keluarga dan anak-anak berehat di tempat-tempat yang memberi ketenangan seperti di pantai, sungai, jeram, hutan rekerasi dan sebagainya. Ini selari dengan seruan kerajaan mempromosi tempat-tempat riadah di dalam negara yang kaya dengan keindahan alam.

Tragedi mati lemas tiga adik beradik di hutan rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah perlu membuka mata semua pihak terutama pengurusan rekreasi seluruh negara untuk memberi perhatian keadaan bencana alam yang kebanyakan penghujung tidak peka dan memahami sifat atau lumrah alam semula jadi.

Notis atau peringatan yang dipasang oleh pengurusan rekreasi bagi mengingati penghujung barangkali tidak memadai terutama jika berlaku gombolan air sungai atau jeram datang secara mendadak semasa penghujung beriadah di dalam dan di tepi jeram dan anak air.

Oleh itu, saya cadangkan pengurusan kawasan rekreasi perlu lebih proaktif terutama yang mempunyai jeram atau anak sungai dengan meletakkan pengawal di bahagian atas jeram selain memantau pengerakkan dan takungan air terutama bila berlakunya hujan pada sebelah malam atau pagi sebelum kawasan rekreasi dibuka untuk orang awam.

Skop pengawasan tersebut barangkali mirip pengawal pantai yang sentiasa melihat ombak, angin kencang dan sebagainya dengan memberi peringatan dengan mengunakan pembesar suara , membantu penghujung-penghujung yang panik serta mempunyai peralatan yang sesuai.

Pihak Berkuasa pula perlu mengariskan peraturan kepada pengusaha / pengurus hutan rekreasi supaya peraturan ini menjadi satu kewajipan dan mempunyai merit perundangan jika tidak dipatuhi. Dengan pendekatan ini, ketiga tiga pihak iaitu pihak berkuasa, pengurusan hutan rekreasi serta penghujung mempunyai tanggungjawab masing-masing bagi mempastikan keselamatan semua penghujung termasuk anak-anak dan orang tua dari fenomena bencana alam serta pencerobohan binatang buas di kawasan tersebut.



TENGKU MAN
Pandan Indah, Kuala Lumpur.