Wednesday, May 18, 2011

SYOR KEPADA PERODUA ELAK GUNA JENAMA KENDERAAN SEMPENA NAMA HAIWAN ATAU BUNGA.

Pengarang,


Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada pengurusan Perodua kerana akan melancarkan model baru Perodua.


Sebagai pengajaran terdahulu, saya syorkan pihak pengurusan Perodua hendaklah mengelak menamakan model kereta baru tersebut tanpa kaitan dengan nama binatang, bunga dan sebagainya. Dengan adanya jenama Kancil dan Rusa di tengah jalanraya dan kota sejak bertahun tahun lalu, pemahaman kanak-kanak masa kini dengan orang dewasa sudah bercelaru kerana bagi orang dewasa nama-nama tersebut adalah seekor binatang dan bukan sebuah kereta.


Bayangkan apabila seorang cucu yang sedang bersiar siar di kotaraya bersama ayah dan datuknya dari kampung menunjukkan kepada datuknya "Kancil" atau "Rusa" sedangkan bagi datuknya haiwan-haiwan tersebut sudah tentu mustahil berada di jalan jalan raya.


Di sinilah di khuatirkan kecelaruan pemahaman generasi masa kini akan menjadi serius dimana mereka lebih merujuk kancil atau rusa sebuah kenderaan bukannya binatang atau haiwan.


Oleh itu, pihak pengurusan atasan Perodua perlu peka dengan persepsi manusia dan pembetulan perlu di atasi segera sebelum generasi masa kini hilang persamaan pemahaman objek-objek di dunia ini.


TENGKU MAN
Pandan Indah