Sunday, October 17, 2010

KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DI TANAH MELAYU PERLU WUJUD SELAMA LAMANYA.

Pengarang,

Saya tertarik dengan ulasan Dr Mohd Ridhuan Tee mengenai "Nasib bahasa Melayu di bumi Melayu" didalam Mingguan Malaysia hari ini.

Kenyataan yang menarik perhatian saya ialah kiasan pegangan hidup beragama dimana setiap penganut berpegang kepada kitab masing-masing.


Secara tidak langsung beliau mengupas bahawa sekiranya sesaorang itu tidak mempercayai kitab mereka, maka mereka sepatutnya mencari jalan keluar bagi mendapatkan apa yang boleh memberi kepuasannya.


Begitu jugalah apabila sesaorang itu telah menjadi warganegara, maka mereka perlu mempunyai pegangan hidup bernegara berlandaskan perlembagaan sebagai "kitab" memandu kebahagian, keharmonian serta keselamatan bernegara.


Jika apa yang termaktub dalam perlembagaan tidak selari dengan kehendak mereka yang tamak dan berubah-ubah , maka mereka perlu meninggalkan negara ini dan mencari sebuah negara yang boleh memberi kesejahteraan dan kedamaian yang di hajati.


Umumnya, semua tahu bahawa hak hak keistimewaan bumiputra terutama orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan wujud sebagai balasan orang pribumi bumiputra memberi status kerakyatan kepada pendatang asing tanpa syarat yang dibawa oleh pihak Inggeris dari China dan India untuk tujuan perlombongan dan perladangan ketika itu.


Pendatang ini diberi kebebasan dan kerakyatan dengan jaminan keselamatan oleh askar Melayu diRaja dibawah panji Raja-Raja Melayu dari ancaman komunis, mengamalkan agama dan budaya masing masing.


Pada pandangan saya, kekalutan timbul adalah terdapat kelemahan perlaksanaan memberi keistimewaan dikalangan orang Melayu sendiri seperti ketidak sama rataan taburan peluang dan kekayaan . Ini memerlukan "post mortem" oleh kepartian orang orang Melayu itu sendiri supaya dapat mencari mekanisma untuk mengembalikan roh asal keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra.


Oleh itu, sepatutnya tiada wujud tuntutan bersifat ancaman dari orang bukan bumiputra untuk mengurangkan keistimewaan orang bumiputra yang termaktub dalam perlembagaan kerana "keserabutan" wujud dikalangan golongan bumiputra dan keistimewaan itu walau apa sekali pun terjadi tidak boleh berpindah kepada bukan bumiputra untuk selama lamanya.


TENGKU MAN
Pandan Indah