Tuesday, October 26, 2010

TONTONLAH BOLASEPAK DENGAN BERADAP DAN PROFESIONAL DAN BUKAN DENGAN EMOSI KETERLALUAN.

Pengarang,

Saya amat berharap perlawanan akhir bolasepak antara Negeri Sembilan dengan Kelantan pada hujung minggu ini tidak dicemari pergaduhan yang bakal memperlihatkan kelemahan mentaliti penonton di negara ini.

Saksikan permainan bolasepak sebagai satu "postmortem" bagaimana strategi yang di atur oleh kedua jurulatih boleh dipertingkatkan untuk perlawanan keperingkat antarabangsa. Jangan menonton bolasepak dengan emosi keterlaluan dengan membawa barang larangan seperti mercun, bunga api atau peralatan yang boleh menjadi senjata dalam suasana kekecohan.

Dari beberapa perlawanan terdahulu, ternyata sebilangan besar penyokong Kelantan terlalu mengikut perasaan dan sebagai pencetus provokasi yang memudaratkan suasana keseronokan penonton lain menyaksikan seni bola sepak. Perbetulkan persepsi orang awam dan masyarakat antarabangsa bahawa sebilangan penonton yang bermastautin jauh dari kawasan bandaraya / "urban" mempunyai sikap positif dan sederhana.

Semoga perlawanan hujung minggu ini menghiburkan tanpa mencetuskan kontroversi samada dari penonton, pengadil, penjaga garisan serta pemain-pemain.


TENGKU MAN
Pandan Indah