Friday, October 8, 2010

SYOR PANGGIL BALIK PROTON SAVVY UNTUK PEPERIKSAAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL.

Pengarang,

Keluarga saya memiliki sebuah Proton Savvy AMT sejak Sept 2006. Malangnya, sejak dibeli hinggalah kehari ini masalah "jerking" / lonjakkan kuat semasa berundur tidak dapat diatasi oleh pihak penyelengaraan Proton dan kami sudah beberapa kali terlanggar kereta dibelakang semasa berundur.


Dalam masa yang sama pihak Proton melanjutkan tempoh waranti dari 2 tahun sehingga 5 tahun dengan melantik pihak ketiga ( syarikat insuran-Asia Insuran (M) Sdn Bhd ) mengambil alih tanggungjawab Proton.. Walaupun ia berita baik kepada pemilik Proton Savvy tetapi pada realitinya tidak semua peralatan ganti di terima oleh pihak insuran seperti saya alami selama 4 tahun ini(2010).


Disamping dikenakan kos "excess for extended waranty", saya diminta membayar separuh dari alat ganti kerana sistem elektrik seperti "Ignition Harness" dan "Shunt Cable Assy" yang rosak tidak dilindungi sepenuhnya oleh pihak insuran sedangkan mengikut sijil alat ganti tersebut adalah dibawah skim insuran.


Dua bulan yang lalu, kereta ini mengalami gear yang tiba-tiba hilang panduan "free gear " semasa memandu. Masalah ini amatlah serius yang membolehkan kemalangan maut. Saya telah membawa kereta tersebut di Proton Edar Desa Tun Razak dengan di periksa oleh pihak ketiga yang dilantik oleh pihak insuran.


Malangnya setelah sebulan menunggu keputusan pihak ketiga yang dilantik oleh insuran, peralatan "modulate actuator","cylinder clutch" dan "electirc pump" tidak diluluskan oleh pihak insuran dengan alasan tidak mengikut perjadualan penyelengaraan. Untuk maklumat, semua penyelengaraan telah dibuat tetapi sudah tentu tidak boleh menepati masa dan kilometer yang ditentukan kerana ada kala sukar mendapat tempahan penyelenggaraan. Walaubagaipun, kereta tersebut tetapi diselenggara oleh pihak yang bertauliah dengan sedikit kelewatan yang pasti tidak menjejaskan kerosakan serius.


Aduan kami sejak penyelengaraan pertama pada tahun 2006 hingga tahun 2010 tidak banyak memberi impak kepada pihak pengurusan Proton untuk mengambil tindakan. Aduan kepada Bahagian Pelanggan Proton sehinggalah e-mail kepada Dato' Zainal sendiri tidak menampakkan Proton "membudayakan ciri ciri setia" kepada pelanggan Proton.


Oleh itu, saya syorkan kereta Proton Savvy tersebut perlu dipanggil untuk pemeriksaan teliti oleh pihak ketiga terutama dari luar negara yang pakar dalam industri keselamatan kereta. Sekiranya, keputusan perlu Proton Savvy DIHAPUSKAN dijalan-jalan raya kerana membahayakan pemandu, penmpang serta penguna jalan lain, maka pihak pengurusan Proton perlu menerima hakikat ini sebelum saman dimulakan dimahkamah.



TENGKU MAN
Pandan Indah